Keberkesanan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Malaysia Timur

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah diperkenalkan bermula pada Febuari 2021 lagi. Sehubungan dengan itu, semua rakyat Malaysia secara sukarela diseru untuk menyertai program tersebut. Namun demikian, kadar pendaftaran PICK diperingkat awal khususnya di bahagian Timur Malaysia (Sabah)...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Adi Jafar, Aisah Meri, Vun, Hung Chong, Mohammad Tahir Mapa, Nordin Sakke, Colonius Atang, Ramli Dollah, Eko Prayitno Joko, Zainuddin Baco
Format: Article
Language:English
English
Published: MJSSH 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33997/1/Keberkesanan%20Program%20Imunisasi%20COVID-19%20Kebangsaan%20di%20Malaysia%20Timur.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33997/2/Keberkesanan%20Program%20Imunisasi%20COVID-19%20Kebangsaan%20di%20Malaysia%20Timur1.pdf
Description
Summary:Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah diperkenalkan bermula pada Febuari 2021 lagi. Sehubungan dengan itu, semua rakyat Malaysia secara sukarela diseru untuk menyertai program tersebut. Namun demikian, kadar pendaftaran PICK diperingkat awal khususnya di bahagian Timur Malaysia (Sabah) kurang mendapat sambutan. Bertitik tolak daripada permasalahan tersebut, kajian ini ingin mengenalpasti tahap keberkesanan PICK di Sabah. Dalam pada itu, kajian ini turut meneliti faktor penolak dan penarik yang mempengaruhi keberhasilan program terbabit. Maka dengan itu, seramai 1024 responden telah ditemubual secara dalam talian (google form) dan secara bersemuka menggunakan borang soal selidik. Data mentah yang diperolehi dianalisis secara diskriptif menggunakan Min dan frekuensi. Analisis kajian mendapati tahap Keberkesanan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Sabah adalah pada tahap sederhana dengan nilai indeks petunjuk keberkesanan sebanyak 66.67 peratus. Selain itu, analisis kajian turut mendapati kelemahan media perdana merupakan salah satu faktor utama menyebabkan wujudnya ketidakyakinan masyarakat Sabah menyertai PICK. Walaupun begitu, proses pendaftaran yang mudah dan jaminan terhadap kehalalan vaksin merupakan faktor pendorong (penarik) kepada keberhasilan program tersebut.