Hubungan pengetahuan pedagogi dengan penerapan patriotisme: Satu tinjauan terhadap guru-guru sejarah sekolah di Sabah
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogi dan hubungannya dengan amalan penerapan patriotisme guru-guru sejarah sekolah menengah di Sabah. Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik bagi tujuan mengumpul data. Sampel kajian adalah...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Global Academic Excellence
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34690/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34690/2/FULLTEXT.pdf |
Summary: | Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogi dan hubungannya dengan amalan penerapan patriotisme guru-guru sejarah sekolah menengah di Sabah. Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik bagi tujuan mengumpul data. Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru sejarah yang melibatkan seramai 367 responden di seluruh Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai serta statistik inferensi yang melibatkan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan pedagogi guru-guru Sejarah sekolah menengah di Sabah pada tahap sederhana dan adanya hubungan positif yang kuat antara pengetahuan pedagogi dengan amalan penerapan nilai patriotisme. Dapatan ini memberikan input berguna khususnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak pentadbiran sekolah bagi merancang program-program pembangunan profesionalisme. |
---|