Projek inovasi sekolah: Elemen kearifan tempatan dalam pengajaran dan pembelajaran

Pada tahun 2020, geran penyelidikan Projek Inovasi Sekolah telah diperkenalkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan bermatlamat untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Secara umumnya, kejayaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut bergantung kepada peman...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Mohd Azri Ibrahim, Abang Mohd Razif Abang Muis, Irma Wani Othman
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34721/1/ABSTRAK.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34721/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Pada tahun 2020, geran penyelidikan Projek Inovasi Sekolah telah diperkenalkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan bermatlamat untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Secara umumnya, kejayaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut bergantung kepada pemantapan penguasaan bahasa tempatan dan asing dalam kalangan pelajar. Persoalannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh golongan pendidik atau guru perlu juga disertakan dengan elemen inovasi agar dapat menambat hati pelajar untuk terus cemerlang dalam pelajaran. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan kajian awal berkaitan dengan elemen inovasi berasaskan kearifan tempatan. Sekolah Kebangsaan Kanibongan telah dipilih sebagai projek printis ini sesuai dengan lokasinya sebagai sekolah luar bandar. Metodologi kajian berdasarkan kepada elemen kearifan tempatan, yakni salah satu daripada cerita rakyat etnik Rungus. Daripada cerita rakyat ini, beberapa aktiviti yang bersifat inovasi telah dianjurkan antaranya termasuklah tayangan video, penceritaan dan aktiviti pembelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti seumpama ini boleh memperkayakan lagi aktiviti pembelajaran pelajar berasaskan kearifan tempatan. Pada masa sama pelajar turut dapat melalui pengalaman baharu yang bersifat interaktif lagi berinovatif dalam mempelajari bahasa, termasuk bahasa kebangsaan.