Kerangka Pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tambahan
Artikel konseptual ini membincangkan tentang pendekatan yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik Tambahan bagi memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) selari dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan pembelajaran abad ke-21. Pe...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Secholian Publication
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34825/1/ABSTRAK.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34825/2/FULLTEXT.pdf |
Summary: | Artikel konseptual ini membincangkan tentang pendekatan yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik Tambahan bagi memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) selari dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan pembelajaran abad ke-21. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dan Teknik Pembelajaran Kolaboratif (TPK) adalah dua pendekatan pembelajaran yang dicadangkan kerana terbukti dapat meningkatkan KBAT. Berdasarkan kepada tinjauan literatur, didapati pengintegrasian PBM-TPK dalam PdP Matematik Tambahan dapat memupuk KBAT pelajar. Pemupukan KBAT didukung oleh prinsip-prinsip asas dalam teori pembelajaran konstruktivisme sosial, model pembelajaran berasaskan masalah dan Teknik Pembelajaran Kolaboratif. Oleh itu, artikel konseptual ini mencadangkan kerangka konsep PBM-TPK bagi memupuk KBAT dalam PdP Matematik Tambahan di sekolah menengah sesuai dengan senario dan keperluan terkini sistem pendidikan di Malaysia. |
---|