Jenayah penderaan kanak-kanak dalam kalangan ibu bapa semasa pandemik covid-19: Kajian kes di Kota Kinabalu, Sabah

Kajian ini dilakukan bagi mengetahui jenayah penderaan kanak-kanak dalam kalangan ibu bapa semasa pandemik covid-19 kajian kes di Kota Kinabalu, Sabah. Pelakuan jenayah merupakan gejala permasalahan sosial yang melanda kehidupan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Fokus kajian ini bertujuan mengetah...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Madonna Anak John
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35309/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35309/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Kajian ini dilakukan bagi mengetahui jenayah penderaan kanak-kanak dalam kalangan ibu bapa semasa pandemik covid-19 kajian kes di Kota Kinabalu, Sabah. Pelakuan jenayah merupakan gejala permasalahan sosial yang melanda kehidupan masyarakat terutamanya kanak-kanak. Fokus kajian ini bertujuan mengetahui pandangan ibu bapa mengenai penderaan kanak-kanak semasa pandemik covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah. Populasi kajian ini melibatkan seramai 60 orang responden menyertai soal selidik yang diedarkan melalui Google Form, manakala terdapat 10 orang ibu bapa yang menjadi responden dalam sesi temubual. Analisis statistik deskriptif telah digunakan bagi mendapatkan peratus dan bilangan tertinggi serta terendah. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi kewujudan faktor penderaan terhadap kanak-kanak dalam kalangan ibu bapa semasa pandemik covid-19 boleh berlaku. Justeru itu, dalam memastikan jenayah penderaan kanak-kanak beberapa pendekatan-pendekatan dalam kajian ini dalam mengurangkan jenayah penderaan kanak-kanak di Kota Kinabalu, Sabah.