Galakan dan dorongan pekerja bawah umur: Kajian kes restoran terpilih di Sandakan

Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat faktor-faktor penglibatan pekerja bawah umur yang bekerja di restoran sekitar kawasan Batu 7 Sandakan, Sabah serta bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan keutamaan pekerja bawah umur tersebut akan gaji yang diterima oleh mereka. Kajian ini dilakukan d...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Farah Nur Fadhilah Amran
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35326/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35326/3/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat faktor-faktor penglibatan pekerja bawah umur yang bekerja di restoran sekitar kawasan Batu 7 Sandakan, Sabah serta bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan keutamaan pekerja bawah umur tersebut akan gaji yang diterima oleh mereka. Kajian ini dilakukan di kawasan Batu 7 Sandakan yang mana kajian ini melibatkan seramai empat orang informan. Bagi memudahkan kajian ini, pendekatan kajian yang digunakan adalah pendekatan kualitatif dengan bersertakan persampelan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada informan dengan lebih khusus dan tepat. Pengkaji menggunakan teknik temubual untuk mendapatkan data. Kemudian, data akan dianalisis dengan ditranskripkan dari alat perakam suara kepada ayat yang berbentuk akademik. Hasil data yang diperoleh menunjukkan bahawa faktor penglibatan pekerja bawah umur adalah disebabkan oleh faktor ekonomi, politik, dan sosial. Manakala keutamaan gaji yang diterima oleh informan dapat dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu keutamaan untuk diri sendiri, keutamaan untuk ibu bapa, dan keutamaan untuk keluarga.