Penggunaan media sosial dalam kalangan mahasiswa : Kajian kes Kolej Kediaman Tun Fuad

Media sosial telah mencipta fenomena di internet yang membantu mengekalkan hubungan dengan pengguna lain. Perkembangan media sosial turut memberi impak kepada pelajar. Namun sejak kebelakangan ini terdapat segelintir pelajar yang terlalu taksub dengan penggunaan media sosial sehingga mampu memberi i...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Hafiy Azizi Mohamad
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35375/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35375/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Media sosial telah mencipta fenomena di internet yang membantu mengekalkan hubungan dengan pengguna lain. Perkembangan media sosial turut memberi impak kepada pelajar. Namun sejak kebelakangan ini terdapat segelintir pelajar yang terlalu taksub dengan penggunaan media sosial sehingga mampu memberi impak kepada pembelajaran mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui penggunaan media sosial dalam kalangan mahasiswa. Kajian kuantitatif telah dijalankan dalam kajian ini. Objektifnya ialah (1) Mengenal pasti kegunaan media sosial dalam kalangan mahasiswa, (2) Mengenal pasti kepuasan penggunaan media sosial dalam kalangan mahasiswa di Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Seramai 274 orang responden telah menyertai kajian ini dan mereka merupakan pelajar yang menetap di Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Hasil kajian menunjukkan bahawa media sosial yang paling biasa digunakan ialah WhatsApp dan Tiktok serta majoriti pelajar sedar bahawa media sosial bukan sekadar untuk tujuan hiburan dan online game semata-mata. Kesimpulannya, terdapat juga pelajar yang cakna akan manfaat media sosial dengan menjadikan media sosial sebagai platform untuk menjana dan meraih pendapatan. Oleh itu, dapatan kajian ini telah berjaya menjawab objektif kajian yang telah ketengahkan.