Tindakan kolektif dan kesatuan sekerja: analisis kajian lepas

Tindakan kolektif merupakan sebarang jenis tindakan yang dilakukan secara bersama oleh kesatuan sekerja bagi mencapai matlamat serta memperbaiki terma dan kondisi pekerjaan di tempat kerja. Tindakan kolektif yang berjaya akan dapat menghasilkan insentif bagi kepentingan para pekerja khususnya dari a...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nassiah Gaong, Mahadirin Ahmad, Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof
Format: Article
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35393/1/Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35393/2/Full%20text.pdf
Description
Summary:Tindakan kolektif merupakan sebarang jenis tindakan yang dilakukan secara bersama oleh kesatuan sekerja bagi mencapai matlamat serta memperbaiki terma dan kondisi pekerjaan di tempat kerja. Tindakan kolektif yang berjaya akan dapat menghasilkan insentif bagi kepentingan para pekerja khususnya dari aspek ekonomi dan sosial pekerja. Sehubungan dengan itu, objektif artikel ini adalah bertujuan untuk menghuraikan konsep dan kepentingan tindakan kolektif melalui perspektif para sarjana terhadap kesatuan sekerja pada masa ini. Selain itu, berdasarkan analisis kajian lepas, perjuangan terhadap upah dan kebajikan pekerja merupakan antara isu yang kerap dibincangkan dalam perundingan bersama dengan pihak majikan. Walau bagaimanapun, perubahan ekonomi dan struktur pekerjaan pada hari ini telah menyebabkan berlakunya perubahan tindakan kolektif pekerja. Keadaan ini menyebabkan kesatuan sekerja berada pada tahap “labour quiescence”. Berdasarkan analisis tersebut, kajian ini menegaskan bahawa kebajikan para pekerja akan lebih terpelihara jika mereka bersatu padu dan bergerak secara kolektif. Dengan itu, kajian lanjut perlu dilakukan bagi mengenal pasti aspek tindakan kolektif dan kepelbagaiannya pada masa kini.