Pola penggunaan media sosial dalam kalangan remaja diKampung Bukit Quoin, Tawau, Sabah

Penggunaan media sosial pada masa kini telah memberi impak yang sangat terkesan kepada pembentukan tingkah laku manusia kerana penggunaan media sosial yang menjadi suatu trend kepada masyarakat kini. Kepesatan teknologi kini menyebabkan masyarakat khususnya para remaja berlumba-lumba dalam menggunak...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Syahfiqka Binti Bakri
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35402/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35402/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Penggunaan media sosial pada masa kini telah memberi impak yang sangat terkesan kepada pembentukan tingkah laku manusia kerana penggunaan media sosial yang menjadi suatu trend kepada masyarakat kini. Kepesatan teknologi kini menyebabkan masyarakat khususnya para remaja berlumba-lumba dalam menggunakan media sosial seperti Instagram, facebook, twitter dan sebagainya kerana medium media sosial ini banyak memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapat sumber maklumat terkini mengenai isu semasa. Walaubagaimanapun, penggunaan media sosial yang tidak terkawal sudah pasti akan menjerumus golongan ini kepada perubahan tingkah laku negatif. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja di Kawasan Kampung Bukit Quoin. Di samping itu, objektif kajian diikuti dengan objektif untuk mengenalpasti kegunaan dan kepuasaan daripada penggunaan media sosial dalam kalangan remaja di Kampung Bukit Quoin, Tawau Sabah. Bagi menjalankan kajian, metod berbentuk kuantitatif akan digunapakai iaitu edaran borang soal selidik ke atas 100 orang remaja di Kampung Bukit Quoin bagi mendapat data yang lebih tepat untuk menjawab persoalan berkaitan pola penggunaan media sosial ke atas remaja di Kawasan Kampung Bukit Quoin, Tawau Sabah.