Antara identiti Bajau Samah dan Bajau Ubian, sejauh mana perbezaannya: kajian kes di kampung Pulau Gaya asal, Kota Kinabalu, Sabah

Artikel ini membincangkan sejauhmana wujudnya persamaan dan perbezaan amalan budaya iaitu bahasa dan adat perkahwinan antara kumpulan Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal, Kota Kinabalu. Pendekatan kajian ini adalah kualitatif yang menjadikan informan utama sebagai sumber utama dat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nuradibah Nordin, Gusni Saat
Format: Article
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35406/1/Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35406/2/Full%20text.pdf
Description
Summary:Artikel ini membincangkan sejauhmana wujudnya persamaan dan perbezaan amalan budaya iaitu bahasa dan adat perkahwinan antara kumpulan Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal, Kota Kinabalu. Pendekatan kajian ini adalah kualitatif yang menjadikan informan utama sebagai sumber utama data empirikal. Dapatan kajian menunjukkan umumnya identiti sepunya etnik Sama-Bajau mempunyai pengaruh ke atas persamaan budaya iaitu bahasa dan adat perkahwinan subetnik Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal, Kota Kinabalu. Dari segi bahasa, sebutan istilah-istilah antara Bahasa Bajau Ubian dan Bajau Samah pada dasarnya adalah sama. Hal ini disebabkan kedua-dua kumpulan etnik Sama-Bajau ini berkongsi identiti bahasa iaitu menuturkan bahasa keluarga Sinama/Sama. Dalam soal budaya perkahwinan pula, ternyata Islam sebagai identiti sepunya komuniti Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal telah membentuk acuan adat-adat perkahwinan mereka. Akad nikah yang mempunyai perkaitan adat nampaknya masih bertaut pada syariat Islam. Unsur-unsur perbezaan amat sedikit berbanding dengan unsur-unsur persamaan adat perkahwinan dan bahasa antara dua kelompok Sama-Bajau. Selain pengaruh identiti sepunya, ia juga terjadi disebabkan oleh jarak sosial yang begitu rapat antara dua kumpulan kerana mereka tinggal bersebelahan dalam sebuah petempatan yang sama. Hubungan sosial yang terjalin begitu lama antara dua kumpulan menyebabkan proses adaptasi dan asimilasi budaya berlaku antara satu sama lain.