Adat dan amalan perkahwinan dalam kalangan masyarakat India (Tamil) di Sekinchan, Selangor: pengekalan tradisi atau moden?

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui proses upacara dalam adat dan amalan perkahwinan tradisional masyarakat India dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pengamalan upacara perkahwinan tersebut pada masa kini. Kajian ini dilakukan dalam kalangan masyarakat India di Sekinchan, Selangor. Pada ma...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Geetha Thevarazen, Rosazman Hussin
Format: Article
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35407/1/Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35407/2/Full%20text.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengetahui proses upacara dalam adat dan amalan perkahwinan tradisional masyarakat India dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pengamalan upacara perkahwinan tersebut pada masa kini. Kajian ini dilakukan dalam kalangan masyarakat India di Sekinchan, Selangor. Pada masa kini, adat dan amalan perkahwinan tradisional semakin terhakis dalam masyarakat, terutamanya dalam masyarakat moden termasuk masyarakat India. Terdapat beberapa adat dan amalan upacara yang tidak lagi diamalkan oleh masyarakat India kini. Mereka lebih mengamalkan upacara perkahwinan yang lebih ringkas berbanding upacara perkahwinan tradisional. Hal ini menyebabkan berlakunya perubahan dalam adat dan amalan perkahwinan masyarakat India daripada bentuk amalan tradisi kepada moden. Pendekatan penyelidikan kualitatif telah diaplikasikan dalam kajian ini. Seramai empat orang informan telah ditemu bual secara mendalam. Kaedah pemerhatian juga turut dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh. Seterusnya, sumber sekunder juga turut digunakan dalam kajian ini untuk mengukuhkan dapatan kajian. Kajian ini melihat kepada tahap upacara perkahwinan iaitu tahap upacara sebelum, semasa dan selepas perkahwinan berlangsung. Hasil kajian menunjukkan amalan dan upacara perkahwinan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat India pada masa kini telah mengalami perubahan. Namun, amalan dan upacara perkahwinan tersebut masih mempunyai kesinambungan dengan warisan tradisi masyarakat India. Justeru, implikasi kajian ini adalah penting untuk memulihara adat, amalan dan warisan budaya tradisi nenek moyang masyarakat India di Malaysia daripada pupus.