Faktor yang mempengaruhi perkembangan kesatuan sekerja selepas penswastaan: analisis ke atas kesatuan sekerja terpilih di Sabah
Kewujudan amalan penswastaan di Malaysia sememangnya menjadi kerisauan kepada kesatuan sekerja yang melalui proses berkenaan. Ini kerana ia akan memberi kesan kepada perkembangan pergerakan mereka terutama berlakunya penurunan densiti kesatuan sekerja apabila penstrukturan semula dilakukan. Sehubung...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35410/1/Abstract.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35410/2/Full%20text.pdf |
Summary: | Kewujudan amalan penswastaan di Malaysia sememangnya menjadi kerisauan kepada kesatuan sekerja yang melalui proses berkenaan. Ini kerana ia akan memberi kesan kepada perkembangan pergerakan mereka terutama berlakunya penurunan densiti kesatuan sekerja apabila penstrukturan semula dilakukan. Sehubungan dengan itu, kesatuan perlu memikirkan strategi memperkembangkan pergerakan kesatuan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pergerakan Kesatuan Pekerja-pekerja Sabah Ports Sdn. Bhd (KPPSP). Berdasarkan temu bual mendalam menerusi pendekatan kajian kes kualitatif, kajian mendapati bahawa faktor penyebaran tertutup, bantuan pakar, dan sumbangsaran sebagai strategi KPPSP selepas fasa penswastaan merupakan faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan KPPSP selepas fasa penswastaan. Ketiga-tiga faktor berkenaan menjadi pemangkin kepada perkembangan pergerakan KPPSP selepas fasa penswastaan dan usaha yang dilakukan oleh KPPSP ini boleh menjadi rujukan atau contoh kepada kesatuan yang ada di Malaysia terutamanya di negeri Sabah. Dengan mengambil dan menjadikan rujukan usaha yang dilakukan oleh KPPSP, ia dapat membantu kesatuan lain untuk berkembang dan keadaan ini dapat membantu meningkatkan densiti kesatuan sekerja di negeri Sabah dalam memelihara kelestarian hubungan industri di Malaysia khususnya negeri Sabah. |
---|