Sejarah penghijrahan masyarakat Melanau Mukah ke Miri pada tahun 1981-2014

Penulisan ini mengenai penghijrahan sesebuah kumpulan masyarakat melakukan perpindahan dari tempat asal mereka ke tempat lain di mana mereka menganggap bahawa kualiti hidup mereka akan bertambah baik. Penghijrahan masyarakat Melanau ke bandar khususnya dari Mukah ke Miri ini atas alasan yang praktik...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Matius Anggu
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35470/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35470/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Penulisan ini mengenai penghijrahan sesebuah kumpulan masyarakat melakukan perpindahan dari tempat asal mereka ke tempat lain di mana mereka menganggap bahawa kualiti hidup mereka akan bertambah baik. Penghijrahan masyarakat Melanau ke bandar khususnya dari Mukah ke Miri ini atas alasan yang praktikal, iaitu untuk mencari peluang pekerjaan yang baik berbanding di kampung. Oleh kerana penghijrahan ini berlaku, maka timbul satu persoalan siapakah masyarakat yang berketurunan Melanau ini dan mengapa penghijrahan diambil? Pelbagai faktor yang dibincangkan untuk mengenalpasti penghijrahan ini berlaku seperti dari segi politik, ekonomi, pendidikan yang seiring dengan peredaran masa. Kemudian, persoalan bagaimanakah perubahan dan perkembangan yang berlaku terhadap kaum Melanau dalam penghijrahan dari Mukah ke Miri memberi sedikit sebanyak kesan adat dan pantang larang masyarakat Melanau itu sendiri. Seterusnya, persoalan berkenaan apakah kesan yang dihadapi selepas berlakunya penghijrahan kepada amalan masyarakat terdahulu dengan masyarakat Melanau yang semakin modern. Objektif penulisan ini adalah untuk menganalisis latar belakang dan penghijrahan masyarakat Melanau dari Mukah ke Miri pada tahun 1981 hingga 2014. Seterusnya, mengetahui perubahan dan perkembangan setelah penghijrahan masyarakat Melanau dari Mukah ke Miri. Akhirnya, mengenalpasti kesan dan implikasi yang berlaku terhadap masyarakat Melanau dalam penghijrahan dari Mukah ke Miri. Proses pengumpulan data menggunakan kaedah rujukan sumber sekunder iaitu melalui merujuk buku-buku, jurnal dan artikel. Kesemua bahan rujukan ini akan diperoleh daripada buku yang dibeli atas talian, jurnal dan artikel ilmiah yang diakses atas talian. Dalam usaha mendapatkan sumber lisan ini, dan menemubual responden yang merupakan salah seorang anak jati Melanau Mukah yang pindah ke Miri. Hasil dapatan kajian diperoleh menunjukkan beberapa faktor membawa masyarakat mula berhijrah dan memberi kesan kepada corak kehidupan masyarakat Melanau. Signifikan dapatan kajian ini ialah dapat memberi gambaran jelas dan terperinci berkaitan dengan penghijrahan masyarakat Melanau dari Mukah ke Miri pada tahun 1981 hingga 2014.