Gerakan kristianisasi melalui pendidikan Kajian kes era dinasti Brooke (1841-1941)

Kajian ini mengkaji tentang gerakan Kristianisasi melalui pendidikan: kajian kes era dinasti Brooke (1841-1941). Umum mengetahui bahawa pengkristianan adalah sebahagian daripada penjajahan. Hal ini demikian kerana, kedatangan penjajahan bukan sahaja bermotifkan ekonomi dan politik, tetapi lebih pent...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Octvia Remyyas Anak Iju
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35514/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35514/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Kajian ini mengkaji tentang gerakan Kristianisasi melalui pendidikan: kajian kes era dinasti Brooke (1841-1941). Umum mengetahui bahawa pengkristianan adalah sebahagian daripada penjajahan. Hal ini demikian kerana, kedatangan penjajahan bukan sahaja bermotifkan ekonomi dan politik, tetapi lebih penting menyebarkan agama Kristian. Dalam menjalankan usaha penyebaran, pendekatan pendidikan yang paling berkesan untuk mubaligh Kristian menyebarkan nilai-nilai agama Kristian dan menukar agama masyarakat tempatan. Pada era dinasti Brooke, matlamat pendidikan selama seratus tahun dari tahun 1841 hingga 1941 tidak dinyatakan dengan jelas. Keadaan ini disebabkan, era dinasti Brooke banyak meluangkan masa pemerintahan untuk menjaga kestabilan politik demi kepentingan untuk menopoli ekonomi Sarawak. Maka, tanggungjawab pendidikan telah diserahkan bulat-bulat kepada pertubuhan Kristian untuk menyediakan kemudahan pendidikan kepada masyarakat tempatan di Sarawak. Bagi pertubuhan Kristian pula mereka mengharapkan agama Kristian dapat disebarkan melalui pendidikan. Semua missionari Kristian, tanpa mengira denominasi mereka, menganggap kerja pendidikan mereka sebagai cara untuk mendapatkan pemeluk agama mereka. Satu unsur unik mengenai sekolah mubaligh ini ialah tumpuan khas di bahagian-bahagian tertentu sahaja bagi sesuatu pertubuhan. Dalam usaha menjalankan proses Kristianisasi, pertubuhan Kristian telah meletakkan sekolah mubaligh sebagai batu asas kepada sebuah sistem pendidikan ala Barat. Terdapat beberapa objektif telah digariskan dalam kajian ini (i) menelusuri gerakan Kristianisasi dijalankan oleh dinasti Brooke di Sarawak, (ii) menjelaskan sekolah mubaligh mengikut mazhab berkembang di Sarawak, dan (iii) membahaskan matlamat gerakan Kristianisasi dan raksi masyarakatnya. Dalam usaha merealisasikan matlamat terbabit, kajian ini menggunakan metode pengumpulan data seperti analisis sumber primer dan juga analisis sumber primer. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa proses Kristianisasi yang berlaku di Sarawak semasa era dinasti Brooke.