Diskriminasi terhadap golongan wanita dalam aspek ekonomi dan sosial di Afghanistan (1996-2014)

Kajian ini adalah memberikan tumpuan kepada diskriminasi yang berlaku dalam kalangan golongan wanita di Afghanistan bermula pada tahun 1996 hingga 2014. Permasalahan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini adalah berkenaan dengan bentuk diskriminasi ekonomi dan sosial yang mendorong kepada berlak...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Saripah Azmirah Lipse
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35522/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35522/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Kajian ini adalah memberikan tumpuan kepada diskriminasi yang berlaku dalam kalangan golongan wanita di Afghanistan bermula pada tahun 1996 hingga 2014. Permasalahan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini adalah berkenaan dengan bentuk diskriminasi ekonomi dan sosial yang mendorong kepada berlakunya krisis kemanusiaan dalam kalangan wanita di Afghanistan. Kedua-dua diskriminasi tersebut dilihat memberikan kesan dalam menjejaskan hak asasi golongan wanita di negara tersebut. Berdasarkan kepada data primer dan sekunder yang diakses daripada pelbagai sumber, kajian ini mendapati bahawa diskriminasi yang berlaku dalam kalangan wanita adalah bertitik-tolak daripada penaklukan rezim Taliban ke atas ibu kota Afghanistan yang membawa kepada diskriminasi dari segi hak pekerjaan, pendidikan, kesihatan, pergerakan bebas dan berlakunya keganasan serta penganiayaan terhadap golongan wanita di Afghanistan. Kajian ini turut mendapati bahawa golongan wanita memperoleh kesan yang sangat mendalam khususnya dari segi peluang pekerjaan, sumber pendapatan, kebebasan bergerak serta menghadapi masalah fizikal, mental dan seksual sepanjang berada di bawah pemerintahan regim tersebut.