Keberkesanan Pengaturan Kerja Fleksibel: Penghibridan Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Perakaunan

Sejak beberapa dekad pengaturan kerja fleksibel (PKF) telah menjadi perhatian disebabkan oleh cabaran sosioekonomi, kemajuan teknologi, perniagaan tanpa sempadan dan terkini ialah krisis pandemik yang telah mendesak kebanyakan perniagaan untuk terus beroperasi melalui PKF. Menerusi kajian ini suatu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sharifah Rahama Amirul, Rasid Mail, Sharifah Milda Amirul, Jakaria Dasan
Format: Article
Language:English
English
Published: UTM 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35634/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35634/2/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Sejak beberapa dekad pengaturan kerja fleksibel (PKF) telah menjadi perhatian disebabkan oleh cabaran sosioekonomi, kemajuan teknologi, perniagaan tanpa sempadan dan terkini ialah krisis pandemik yang telah mendesak kebanyakan perniagaan untuk terus beroperasi melalui PKF. Menerusi kajian ini suatu kerangka penyelidikan yang agak baharu diperkenalkan bertujuan untuk mempelopori penyelidikan penghibridan pengurusan sumber manusia (PSM) dan perakaunan pengurusan (PP) agar PKF dapat dirancang dengan lebih berkesan. Kajian ini berdasarkan epistemologi interpretivisme dan pendekatan konstruktivis sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa PSM dan PP adalah dua fungsi perniagaan yang berbeza tetapi mempunyai peranan dan tanggungjawab yang bersalingan atau bertindih di dalam organisasi. Oleh itu penghibridan strategi antara PSM dan PP dalam merangka pelan pelaksanaan PKF yang lebih efektif dan efisien adalah wajar. Keaslian kajian ini ialah mengembangkan kerangka konseptual strategik antara PSM dan PP dan mengembangkan landasan penyelidikan yang lebih konklusif dan membantu organisasi dalam penyediaan pelan strategik dalam pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel.