Kesan abu tandan sawit kosong terhadap pertumbuhan dan hasil jagung manis ( Zea mays l.)
Satu kajian telah dijalankan di Makmal Ladang, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan, Sabah untuk mengkaji kesan abu Tandan Sawit Kosong (TSK) terhadap pertumbuhan dan hasil jagung manis (Zea mays L.). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan abu TSK sebagai nu...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35968/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35968/2/FULLTEXT.1.pdf |
Summary: | Satu kajian telah dijalankan di Makmal Ladang, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan, Sabah untuk mengkaji kesan abu Tandan Sawit Kosong (TSK) terhadap pertumbuhan dan hasil jagung manis (Zea mays L.). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan abu TSK sebagai nutrien tumbuhan untuk pertumbuhan dan pengeluaran hasil jagung manis (varieti hybrid Thailand) yang dinilai dari segi ketinggian pokok, ukur lilit pokok, hari berbunga, bilangan tongkol per pokok dan pH tanah. Kajian ini dijalankan di bawah tapak lindungan hujan di ladang Fakulti Pertanian Lestari selama 12 minggu. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen Rekabentuk Rawak Penuh (CRD). Jagung manis ditanam di dalam polibeg dan lima jenis rawatan digunakan dalam kajian ini antaranya ialah T1 - tanah atas (kawalan), T2 -tanah atas + 30 g abu TSK, T3 - tanah atas + 50 g abu TSK, T4 - tanah atas + 70 g abu TSK, dan TS - tanah atas + 90 g abu TSK dan setiap rawatan mempunyai 5 replikasi. Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti antara rawatan abu Tandan Sawit Kosong terhadap ketinggian jagung dan pH tanah. Penggunaan abu TSK pada kadar S0g, 70g dan 90g meningkatkan pertumbuhan ketinggian jagung. Selain itu, penggunaan 30g, S0g, 70g dan 90g abu TSK meningkatkan pH tanah dari 0.86 pH kepada 1.54 pH. Walaubagaimanapun, tiada perbezaan bererti antara rawatan abu TSK terhadap ukur lilit jagung, hari berbunga dan bilangan tongkol per pokok. Daripada kajian ini, abu TSK boleh digunakan untuk meningkatkan ketinggian jagung dan menaikkan pH tanah yang mempunyai nilah pH yang rendah. |
---|