Tahap Gaya Pembelajaran Pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap gaya pembelajaran pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 214 daripada 477 populasi pelajar dipilih sebagai responden kajian. Teknik persampelan rawak berstrata tidak berkadaran digunakan dalam menentukan sampel kajia...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Crispina Gregory K Han, Limi Chong
Format: Article
Language:English
English
Published: Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36737/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36737/2/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap gaya pembelajaran pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 214 daripada 477 populasi pelajar dipilih sebagai responden kajian. Teknik persampelan rawak berstrata tidak berkadaran digunakan dalam menentukan sampel kajian. Proses pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data menggunakan perisian The Statistical Package for The Social Science (SPSS) versi 28. Nilai Alpha Cronbach bagi soal selidik gaya pembelajaran ialah .788. Hasil kajian mendapati bahawa gaya pembelajaran pelajar adalah pada tahap yang tinggi iaitu dengan skor min 3.63 (SP=.397). Kesimpulannya, apabila pelajar mempunyai pengetahuan tentang pilihan gaya pembelajaran dan memanfaatkan pelbagai gaya pembelajaran, ia dapat membantu untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.