Sejarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan di Borneo Utara dari Tahun 1881 hingga 1914

Artikel ini bertujuan untuk menilai perkembangan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Borneo Utara bermula selepas penyerahan Borneo Utara kepada British pada tahun 1881 sehingga penubuhan dispensari pertama di Borneo Utara pada tahun 1914. Sebelum kedatangan British ke Borneo Utara, perkhidmatan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Fardha Ayu Jusnih, Zainuddin Baco
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37262/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37262/2/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Artikel ini bertujuan untuk menilai perkembangan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Borneo Utara bermula selepas penyerahan Borneo Utara kepada British pada tahun 1881 sehingga penubuhan dispensari pertama di Borneo Utara pada tahun 1914. Sebelum kedatangan British ke Borneo Utara, perkhidmatan perubatan dan kesihatan moden di Borneo Utara masih belum wujud. Masyarakat tempatan secara majoritinya hanya bergantung kepada bantuan perubatan tradisional bagi mengatasi sebarang penyakit. Selepas kedatangan British, pihak mereka telah membina hospital dan dispensari bagi kegunaan pegawai British dan pekerja buruh mereka. Namun begitu, kekurangan kepakaran dalam mengubati penyakit berjangkit telah menyebabkan ia semakin merebak di Borneo Utara. Maka, pihak British bertindak menstrukturkan semula pentabiran kesihatan dan membina lebih banyak hospital dan dispensari bagi mengatasi isu kesihatan yang timbul dan mengelakkan kekurangan buruh. Kajian ini akan menilai perkembangan perkhidmatan perubatan dan kesihatan dari tahun 1881 sehingga 1914 dengan memfokuskan kepada tiga objektif utama. Objektif pertama akan mengenal pasti isu kesihatan yang timbul di Borneo Utara, manakala objektif kedua akan mengkaji perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang disediakan oleh SBUB. Objektif ketiga pula akan membincangkan ordinan perubatan dan kesihatan yang telah digubal oleh pihak SBUB. Kajian ini telah disempurnakan menggunakan kaedah kepustakaan dan arkib.