Konseptual Kualiti Kerja Ekonomi Gig Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Semasa Pandemik Covid-19: Satu Analisis Sorotan Literatur Sistematik

Kualiti pekerjaan ekonomi gig dapat dikonsepkan sebagai suatu kondisi pekerjaan yang tidak teguh iaitu kurang jaminan dari aspek upah, keselamatan dan kesihatan menyebabkan pekerja berdepan dengan kemerosotan kualiti pekerjaan. Namun begitu, konsep yang mengambil kira senario pandemik masih kurang d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Hafiza Labin, Dzurizah Ibrahim
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37430/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37430/2/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Kualiti pekerjaan ekonomi gig dapat dikonsepkan sebagai suatu kondisi pekerjaan yang tidak teguh iaitu kurang jaminan dari aspek upah, keselamatan dan kesihatan menyebabkan pekerja berdepan dengan kemerosotan kualiti pekerjaan. Namun begitu, konsep yang mengambil kira senario pandemik masih kurang dibincangkan dalam kajian kontemporari. Hal ini disebabkan bentuk kualiti pekerjaan adalah berbeza berdasarkan faktorfaktor yang mempengaruhinya. Oleh itu, analisis sorotan sistematik ini dilaksanakan bagi meneroka konsep dan faktor mempengaruhi kualiti pekerjaan ekonomi gig dengan kira pandemik COVID-19, menggunakan kaedah PRISMA. Kaedah ini adalah suatu analisis menerusi proses inclusion, exclusion, dan eligibility berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Hasil analisis yang dilaksanakan, terdapat tujuh tema yang dibincangkan mengenai konseptual kualiti pekerjaan ekonomi gig semasa pandemik iaitu (1) ketidaktentuan pendapatan; (2) persekitaran pekerjaan tidak selamat; (3) tiada jaminan pekerjaan; (4) autonomi dan fleksibiliti terbatas; (5) tiada penghormatan pekerjaan; (6) tiada manfaat perlindungan sosial; dan (7) kandungan pekerjaan tidak menentu. Manakala terdapat lima tema ditemukan bagi faktor mempengaruhi kualiti pekerjaan tersebut iaitu (1) kondisi ketidakteguhan pekerjaan; (2) sistem teknologi algoritma; (3) pasaran buruh; (4) peranan badan/institusi/kerajaan; dan (5) peranan pelanggan. Dapatan analisis ini diharap dapat dijadikan sumbangan bermakna dalam konteks kajian kualiti pekerjaan dan ekonomi gig.