Geologi am dan sedimentologi di sepanjang jalan Nangoh - Paitan, Kg. Melapi, Paitan, Sabah
Kajian ini dijalankan di sepanjang jalan Nangoh-Paitan, berdekatan Kampung Melapi, Paitan, iaitu dengan keluasan kawasan kajian kira-kira l 00 km.2 , dalam lingkungan garis lintang U 6. 14.0' hingga U 6. 9.0' dan garis bujur T 117° 12.0' hingga T 117° 17.0'. Objektif kajian ilmia...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37441/2/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37441/1/FULLTEXT.pdf |
Summary: | Kajian ini dijalankan di sepanjang jalan Nangoh-Paitan, berdekatan Kampung Melapi, Paitan, iaitu dengan keluasan kawasan kajian kira-kira l 00 km.2 , dalam lingkungan garis lintang U 6. 14.0' hingga U 6. 9.0' dan garis bujur T 117° 12.0' hingga T 117° 17.0'. Objektif kajian ilmiah ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti geologi am kawasan kajian, menghasilkan peta geologi terkini kawasan kajian, dan mengenalpasti litofasies, paleo arus, asosiasi fasies dan juga meramalkan sekitaran endapan kuno bagi formasi batuan di kawasan kajian. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker dan endapan aluvium Kuarteneri. Formasi Crocker di kawasan ini terlipat-lipat, menunjukkan perulangan sinklin dan antiklin. Arab. canggaan kawasan ini ialah arah Timur Laut-Barat Daya. Litofasies Formasi Crocker di kawasan kajian terdiri daripada litofasies batu pasir tebal melebihi 5 meter (Fasies n, batu pasir berketebalan di antara 1 hingga 5 meter (Fasies II), selang lapis pasir yang berketebalan 30cm hingga I 00cm dengan syal (Fasies Ill), batu pasir nipis (kurang dari 30cm) berselang lapis dengan syal nipis (Fasies IV), syal kelabu Fasies V dan syal merah Fasies VI. Analisis petrografi menunjukkan batu pasir di kawasan kajian adalah jenis Litikwak, mempunyai tentuaturan butiran buruk, matang dari segi kimia dan ketidakmatangan tekstur batuan. Asosiasi fasies menunjukkan ciri-ciri berikut. Jujukan menghalus ke atas menunjukkan migrasi alur secara sisi dan migrasi lob secara sisi manakala jujukan mengkasar ke atas pula menunjukkan progradasi alur dan progradasi lob. Berdasarkan analisis jujukan menegak, peratusan lob dan alur pembahagi yang agak tinggi serta asosiasi dengan alur dan juga levee, menunjukkan bahawa kawasan sekitaran pengendapan Formasi Crocker di kawasan kajian ialah kawasan kipas tengah di sekitaran laut dalam. |
---|