Dinamika politik masyarakat Dusun Kimaragang di Sabah (1967-2013)

Kajian dinamika politik masyarakat Dusun Kimaragang ini memberi fokus kepada persoalan sejauh mana gelombang sentimen dan keputusan politik masyarakat tersebut berubah berdasarkan kepada dinamika politik serta isu politik terpilih sepanjang tahun 1967 sehingga tahun 2013. Perbincangan kajian berkisa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Manual Damilan
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37943/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37943/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Kajian dinamika politik masyarakat Dusun Kimaragang ini memberi fokus kepada persoalan sejauh mana gelombang sentimen dan keputusan politik masyarakat tersebut berubah berdasarkan kepada dinamika politik serta isu politik terpilih sepanjang tahun 1967 sehingga tahun 2013. Perbincangan kajian berkisar tentang bagaimana dinamika serta isu politik bertindak sebagai pengerak kepada hala tuju sokongan politik masyarakat Dusun Kimaragang terhadap calon semasa pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek secara kronologi bermula daripada era pentadbiran United Sabah National Organisation (USNO) sehinggalah ke era United Malay National Organisation-Barisan Nasional (UMNO-BN). Perbincangan juga melihat pembabitan secara sepintas lalu masyarakat ini dalam pergerakan berasaskan politik seperti dalam parti politik, sukarelawan politik, dan sebagainya. Turut diketengahkan secara ringkas dalam kajian ini adalah berkenaan faktor kegagalan calon daripada masyarakat Dusun Kimaragang menduduki kerusi DUN Tandek selepas tahun 1999 sehingga tahun 2013. Kajian ini menggunakan data daripada sumber primer seperti laporan hansard DUN Sabah dan Parlimen Malaysia, surat khabar, laporan berkaitan Daerah Kata Marudu serta sumber sekunder. Pelaksanaan kaedah temubual dengan individu daripada pelbagai latar belakang, seperti mantan ahli parlimen, mantan ahli DUN, mantan kakitangan kerajaan, penduduk biasa dan juga golongan muda. Kajian mendapati gelombang sentimen serta keputusan politik masyarakat Dusun Kimaragang di sepanjang tempoh masa kajian dipengaruhi oleh beberapa dinamika dan isu politik lokal yang cenderung mencorakkan sokongan mereka kepada calon-calon dan/atau parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya yang terbabit. Di antara dinamikadinamika politik yang menonjol adalah seperti primordialisme atau sentimen etnoagama, tadbir-urus, sosio-ekonomi, politik pembangunan dan parokialisme. Manakala, isu-isu politik lokal yang terlibat termasuklah isu pengislaman penduduk tempatan, pentadbiran autokratik dan salah guna kuasa, isu Labuan dan sebagainya.