Warisan Budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah

Sabah terkenal dengan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyaraka yang terdiri daripada Kadazandusun, Bajau, Bugis, Iranum, Brunei, Bonggi dan beberapa etnik lagi. Adanya kepelbagaian etnik di Sabah, maka wujudlah kepelbagaian adat istiadat dan warisan etnik masing-masing. Antara seni warisan yang t...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zulayti Zakaria, Ang, Kean Hua, Mohamad Pirdaus Yusoh, Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan, Junaidah Yusof
Format: Article
Language:English
English
Published: Asian Scholars Network 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38283/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38283/2/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Sabah terkenal dengan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyaraka yang terdiri daripada Kadazandusun, Bajau, Bugis, Iranum, Brunei, Bonggi dan beberapa etnik lagi. Adanya kepelbagaian etnik di Sabah, maka wujudlah kepelbagaian adat istiadat dan warisan etnik masing-masing. Antara seni warisan yang terkenal di Sabah ialah etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah. Namun demikian, seni warisan etnik Bajau Samah ini tidak berkembang seperti mana keunggulan yang di miliki oleh warisan tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk: (1) mengenalpasti bentuk-bentuk warisan budaya Etnik Bajau Samah; (2) menganalisis cabaran dalam mengekalkan warisan budaya; dan (3) mengkaji usaha-usaha dalam mempromosikan warisan budaya kepada masyarakat. Kaedah campuran terdiri daripada Primer dan Sekunder diaplikasikan dalam kajian ini. Data primer diperolehi daripada temubual dengan para informan dan kaedah pemerhatian sewaktu menjalankan kajian lapangan; dan data sekunder diperolehi daripada perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, di Pusat Sumber FSSK,UMS dan di ARKIB Kota Kinabalu, Sabah. Dapatan kajian menunjukkan warisan budaya etnik Bajau Samah dapat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu budaya benda dan budaya bukan benda. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh etnik Bajau Samah untuk mengekalkan warisan budaya mereka terutama sekali dari segi keterlibatan generasi muda yang tidak mahu mempelajari dan mengambil tahu tentang warisan mereka sendiri. Namun, terdapat usaha yang dilakukan oleh Persatuan Etnik Bajau Samah, di Kota Belud bagi mengekalkan dan menonjolkan warisan budaya mereka agar dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari dan memelihara warisan budaya mereka agar tidak hilang ditelan zaman. Kesimpulannya, antara usaha persatuan etnik Bajau Samah dan golongan tua ini adalah dengan menonjolkan keunikan dan keistimewaan warisan budaya etnik Bajau Samah kepada masyarakat di dalam dan di luar negara dengan pelbagai cara, terutamanya dengan menggunakan pengaruh media massa.