Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap kesejahteraan komuniti Kampung Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bagi membendun penularan pandemik COVID-19. Akibat pelaksanaan itu, kesan yang ketara dialami oleh penduduk terutamanya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jetendra, M. H, Yusoh, M. P, Mapjabil, J, Nazry, N. F
Format: Article
Language:English
English
Published: Quantum Academic 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38429/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38429/2/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bagi membendun penularan pandemik COVID-19. Akibat pelaksanaan itu, kesan yang ketara dialami oleh penduduk terutamanya komuni pulau di Sabah disebabkan kejutan dan pengalaman yang baharu dalam menangani wabak penyakit pandemik. Kajian mengenaik impak pelaksanaan PKP adalah suatu pengalaman yang baharu dalam Malaysia terutamnya kepada komuniti pulau. Sehingga hari ini,dokumentasi dalam penyelidikan sain sosial mengenainya masih kurang dan terhad. Untuk kajian in yang meneliti implikasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap kesejahteraan komuniti pulau. Kajian ini menggunakan pendekatan eksplorasi dan evaluatif, iaitu suatu usaha untuk mengeksplorasi respon kumpulan komuniti berkenaan dan sekali gus menilai impak yang dialami dalam menghadapi pandemik ini. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kes iaitu di Kampung Pulau Gaya, Pulau Gaya di Kota Kinabalu, Sabah dengan penekanan terhadap deskripsi tentang fenomena dan tingkah laku. Hasil kajian menunjukkan bahawa implikasi Perintah Kawalan Pergerakan terhadap kesejahteraan Ekonomi iaitu impak terhadap peluang pekerjaan komuniti pulau sepanjang tempoh PKP merekodkan perubahan yang signifikan dalam nilai skor min iaitu 1.48 pada fasa PKP, 2.12 pada fasa PKPB dan meningkat kepada 3.72 pada fasa PKPB. Perintah Kawalan Pergerakan sememangnya menjejaskan peluang pekerjaan sehingga berlakunya pemberhentian kerja dan potongan gaji setiap bulan oleh majikan. Hasil kajian ini bermanfaat untuk perancangan dalam pengurusan risiko dalam menangani pandemik di Sabah khususnya dan Malaysia keseluruhannya.