Keberkesanan pembelajaran berasaskan alam semulajadi terhadap literasi awal Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak prasekolah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan skor min markah antara ujian pra dan ujian pasca terhadap tahap pencapaian kemahiran literasi awal Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah selepas pelaksanaan pembelajaran berasaskan alam semula jadi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deng...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Eliceka Richard, Connie Shin @ Connie Cassy Ompok, Jusiah Idang, Musirin Mosin, Alley Emison
Format: Article
Language:English
English
Published: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38451/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38451/2/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan skor min markah antara ujian pra dan ujian pasca terhadap tahap pencapaian kemahiran literasi awal Bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah selepas pelaksanaan pembelajaran berasaskan alam semula jadi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah eksperimen. Pengkaji telah menjalankan dua jenis ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca terhadap kumpulan eksperimen dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di sebuah prasekolah agensi kerajaan di Kota Kinabalu. Kajian ini melibatkan seramai 40 orang responden yang dipilih secara rawak untuk menjalani ujian pra dan ujian pasca. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan ujian-T agar analisis lebih mudah dilakukan dan dapat menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian mendapati skor min markah ujian pra adalah 32% manakala skor min markah ujian pasca adalah 63.25%. Hal ini menunjukkan selepas pelaksanaan pembelajaran berasaskan alam semula jadi dalam pengajaran dam pembelajaran literasi awal Bahasa Melayu terdapat peningkatan sebanyak 31.25% untuk skor min markah ujian yang dilaksanakan ke atas kumpulan eksperimen. Berdasarkan dapatan yang diperoleh dalam jadual ujian-T sampel berulangan pencapaian kanak-kanak pra dan pencapaian kanak-kanak pasca adalah berbeza secara signifikan, t (39) = -13.437, k < 0.05. Dengan itu, hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian kanak-kanak pra dan pasca adalah ditolak. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapat dibuat kesimpulan bahawa aplikasi pembelajaran berasaskan alam semula jadi dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah membantu kanakkanak menguasai kemahiran literasi awal Bahasa Melayu.