Pengurusan kraftangan tradisi etnik dusun tindal di Sabah.
Etnik Dusun Tindal merupakan salah satu rumpun Kadazandusun yang menetap di daerah Kota Belud Sabah. Etnik ini kaya dengan amalan budaya dan adat tradisi yang masih diwarisi sehingga kini. Antara warisan yang masih diamalkan adalah penghasilan seni kraf tangan tradisi. Daerah Kota Belud yang kaya de...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit Universiti Malaysia Sabah
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38700/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38700/2/FULL%20TEXT.pdf |
Summary: | Etnik Dusun Tindal merupakan salah satu rumpun Kadazandusun yang menetap di daerah Kota Belud Sabah. Etnik ini kaya dengan amalan budaya dan adat tradisi yang masih diwarisi sehingga kini. Antara warisan yang masih diamalkan adalah penghasilan seni kraf tangan tradisi. Daerah Kota Belud yang kaya dengan sumber alam seperti pokok bambu, rotan, tumbuhan dan tanah liat menjadi pendorong kepada masyarakatnya untuk menghasilkan produk-produk kraf tangan tradisi yang bersumberkan alam semula jadi. Antara seni kraf tradisi yang dihasilkan adalah bakul nurod dan sisiri, wakid, basung, sirung, barait, kinulung, kobog dan kuron. Penghasilan produk kraf tradisi ini melalui proses pengurusan daripada tukang kraf sehinggalah proses penjualan yang melibatkan pengusaha dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah. Ketiga-tiga kumpulan ini saling berperanan dalam pengurusan Kraftangan dalam penghasilan produk, penjualan, pemasaran dan pengkomersialannya. Kajian yang berasaskan kerja lapangan dilakukan melalui pemerhatian dan temu bual untuk mengumpul maklumat kraftangan etnik Dusun Tindal Kota Belud dengan memberi tumpuan kepada tukang kraf, pengusaha kraf dan peranan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah. Hasil analisis mendapati bahawa tukang kraf, pengusaha kraf serta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Sabah adalah kumpulan yang terlibat dalam pengurusan seni kraf tradisi ini. Oleh itu, pengkaji merumuskan bahawa pengurusan seni kraftangan dalam kajian ini penting untuk dokumentasi ke arah inovasi dan kemajuan hasil produknya. |
---|