Peranan kepimpinan Melayu Brunei dalam pentadbiran BNBC di Borneo Utara

Makalah ini membincangkan tentang peranan kepimpinan Melayu Brunei dalam pentadbiran pada zaman British North Borneo Chatered Company (BNBC) di Borneo Utara dari tahun 1881 sehinggalah 1941. Makalah ini merupakan satu usaha untuk merekonstruksikan semula landasan penjelasan tentang penglibatan kepim...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Dg. Junaidah Awang Jambol, Nurulasyikin Hassan, Ang, Kean Hua, Zulayti Zakaria
Format: Article
Language:English
English
Published: Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38858/1/ABSTRAK.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38858/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Makalah ini membincangkan tentang peranan kepimpinan Melayu Brunei dalam pentadbiran pada zaman British North Borneo Chatered Company (BNBC) di Borneo Utara dari tahun 1881 sehinggalah 1941. Makalah ini merupakan satu usaha untuk merekonstruksikan semula landasan penjelasan tentang penglibatan kepimpinan Melayu Brunei di dalam pentadbiran yang direncanakan oleh pihak BNBC. Kebanyakan sumber yang digunakan terdiri daripada sumber yang berkaitan dengan topik yang telah dibincangkan namun, telah diolah dan dinilai semula di dalam perspektif yang baharu. Makalah ini juga akan akan membincangkan peranan dan kaedah yang digunakan oleh pihak BNBC untuk menarik ketua-ketua tempatan khususnya kepimpinan Melayu Brunei untuk menyertai institusi peribumi dan seterusnya mengikat kesetiaan mereka dengan pihak syarikat. Menerusi kajian ini juga didapati bahawa pihak BNBC telah berjaya menemui formula yang berkesan bagi memastikan masyarakat peribumi khususnya masyarakat Melayu Brunei untuk mengikuti semua polisi dan dasar baharu yang ditetapkan oleh pihak BNBC sehingga akhirnya perubahan ini telah mempengaruhi keberadaan dan pengekalan kepimpinan Melayu Brunei dalam pentadbiran di Borneo Utara pada tahun-tahun berikutnya.