Pemikiran Islah Hashim A. Ghani (1927-2004) Berkait Persoalan Taklid Dalam Kalangan Masyarakat Melayu

Hashim A. Ghani merupakan antara tokoh islah terawal di Negeri Sembilan yang lantang menyebarkan idea islah. Perjuangan islahnya terutama dalam menjelaskan tafsiran berkenaan persoalan taklid telah menimbulkan reaksi yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji pemakn...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Aqil Aziz Tuah, Mohamad Shaukhi Mohd Radzi
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39319/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39319/2/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Hashim A. Ghani merupakan antara tokoh islah terawal di Negeri Sembilan yang lantang menyebarkan idea islah. Perjuangan islahnya terutama dalam menjelaskan tafsiran berkenaan persoalan taklid telah menimbulkan reaksi yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji pemaknaan Hashim A. Ghani berkenaan taklid dan menganalisis pemikirannya tentang dua persoalan utama taklid dalam kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian analisis kandungan dan pensejarahan. Data-data kajian diperoleh daripada sumber primer dan sekunder daripada kajian teks dan temu bual. Kajian ini mendapati pemaknaan taklid menurut Hashim A. Ghani adalah perbuatan menerima sesuatu pendapat atau fatwa seseorang dalam urusan agama tanpa diketahui sumber asalnya. Menurutnya, perbuatan taklid bertentangan dengan konsep ittiba’. Hashim A. Ghani menegaskan bahawa mengamalkan taklid ialah haram, sedangkan melakukan ittiba’ ialah wajib. Dua persoalan taklid masyarakat Melayu yang telah menarik Hashim A. Ghani melakukan ulasan adalah berkenaan kekeliruan memahami taklid dan kewajipan bermazhab fiqh. Isu pertama dalam persoalan taklid adalah kekeliruan masyarakat Melayu dalam membezakan antara taklid dan ittiba’, keabsahan melakukan taklid, dan isu kelayakan berijtihad. Isu kedua dalam persoalan taklid adalah persoalan kewajipan bermazhab fiqh. Hashim A. Ghani melontarkan gagasan penilaian semula terhadap isu kewajipan masyarakat untuk bertaklid kepada mazhab Syafii sahaja, sekali gus dengan pengharaman melakukan talfiq.