Simbol Budaya Masyarakat Sabah Dalam Karya Seni Arca “warisan” Oleh Chee Sing Teck

Seni arca adalah karya seni yang mempunyai fungsi sebagai objek budaya dengan mengetengahkan aktiviti kehidupan masyarakat setempat. Pelbagai media dan teknik diolah bagi membentuk seni arca yang bersifat tiga dimensi. Ia diolah oleh pengarca dengan mempunyai mesej yang tersurat dan tersirat tentang...

全面介绍

书目详细资料
Main Authors: Rohasmezan Hashim, Zaimie Sahibil
格式: 文件
语言:English
English
出版: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2024
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39363/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39363/2/FULL%20TEXT.pdf
实物特征
总结:Seni arca adalah karya seni yang mempunyai fungsi sebagai objek budaya dengan mengetengahkan aktiviti kehidupan masyarakat setempat. Pelbagai media dan teknik diolah bagi membentuk seni arca yang bersifat tiga dimensi. Ia diolah oleh pengarca dengan mempunyai mesej yang tersurat dan tersirat tentang budaya masyarakat setempat. Kajian ini akan membuktikan arca “Warisan” mempunyai mesej yang tersirat atau makna budaya masyarakat setempat di Sabah. Teori ikonografi digunakan dalam kajian ini bagi mengeluarkan ikon budaya pada reka bentuk dan makna arca yang dihasilkan oleh Chee Sing Teck. Tiga peringkat proses menginterpretasi arca “Warisan” dalam pengunaan teori ikonografi ini. Peringkat pertama adalah peringkat asas yang mengkaji olahan unsur dan prinsip rekaan. Peringkat kedua adalah peringkat sekunder yang mengkaji mengkaji dari olahan unsur dan prinsip rekaan tadi bergabung mewujudkan ikon atau motif atau imej tembikar, aksesori pakaian tradisi dan motif pada corak pakaian masyarakat tradisi di Sabah. Akhir sekali, peringkat ketiga adalah peringkat interinsik iaitu gabungan kajian di peringkat pertama dan kajian di peringkat kedua membentuk makna dalaman yang membawa mesej tentang aktiviti dalam kehidupan masyarakat di Sabah. Kajian ikonografi terhadap arca “Warisan” yang dihasilkan oleh Chee Sing Teck telah mengesan bahawa arca ini mempunyaisimbol budaya tentang masyarakat tradisi di Sabah.