Pelancongan Filem: Ciri Utama Filem Dalam Mempromosikan Sabah

Hubungan antara filem, televisyen dan pelancongan merupakan sesuatu yang telah pun dilakukan beberapa negara dan ianya mula diterapkan sejak awal 1990-an. Aktiviti seperti menonton filem, rancangan televisyen serta melancong adalah salah satu cara untuk individu melarikan diri dari kesibukan kerja h...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamaddin Ketapi, Rosli Sareya
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39367/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39367/2/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Hubungan antara filem, televisyen dan pelancongan merupakan sesuatu yang telah pun dilakukan beberapa negara dan ianya mula diterapkan sejak awal 1990-an. Aktiviti seperti menonton filem, rancangan televisyen serta melancong adalah salah satu cara untuk individu melarikan diri dari kesibukan kerja harian. Kesemua aktiviti tersebut mampu memberikan kelegaan sementara dari kesibukan yang dihadapi sepanjang melakukan aktiviti harian. Industri pelancongan kontemporari sendiri sangat kompetitif dan banyak destinasi baru yang cuba menarik pelancong ke destinasi-destinasi tersebut. Seterusnya filem dan televisyen juga dapat memberikan pengetahuan tentang aspek-aspek tertentu sesebuah negara seperti alam semula jadi, budaya dan kehidupan sosial sesebuah negara. Kajian ini akan memberikan tumpuan kepada pengaruh filem ke atas pelancongan di Sabah sebagai salah satu sumber kontemporari. Pemerhatian telah pun dilakukan oleh pengkaji dan dalam masa sama telah pun melakukan temubual ke atas beberapa tokoh penting dalam industri perfileman dan pelancongan. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa sumber kontemporari menerusi filem dan televisyen ke atas industri pelancongan di Sabah sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat. Kesimpulannya, kajian ini jelas memberikan implikasi yang besar dalam konteks penambahan ilmu pengetahuan berkenaan kelebihan serta manfaat filem dan televisyen sebagai sumber kontemporari yang berguna dalam industri pelancongan. Penambahbaikan dari segi strategi promosi ini dirujuk berupaya meningkatkan lagi nilai tambah serta populariti destinasi pelancongan di Sabah khususnya dan Negara amnya.