Ketepatan Penulisan Seni Kaligrafi Arab di Masjid-masjid Di Sabah
Seni kaligrafi Arab atau seni khat adalah khazanah tertua di dunia yang dimiliki oleh umat Islam. Sejarah telah membuktikan perkembangannya seiring dengan perkembangan tamadun Islam yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia berikutan hubung kaitnya dengan ayat al-Quran. Masyarakat Islam di Saba...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Proceedings |
Language: | English English |
Published: |
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39385/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39385/2/FULL%20TEXT.pdf |
Summary: | Seni kaligrafi Arab atau seni khat adalah khazanah tertua di dunia yang dimiliki oleh umat Islam. Sejarah telah membuktikan perkembangannya seiring dengan perkembangan tamadun Islam yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia berikutan hubung kaitnya dengan ayat al-Quran. Masyarakat Islam di Sabah masih kurang mengetahui seni kaligrafi Arab yang menghiasi masjid-masjid di negeri ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti ketepatan penulisan seni kaligrafi Arab yang menghiasi masjid-masjid di Sabah. Kajian lapangan dijalankan seperti mengunjungi masjid-masjid dan mengambil gambar seni kaligrafi Arab menggunakan kamera yang kemudiannya dianalisis secara kualitatif. Beberapa buah masjid dijadikan sumber kajian ini. Hasil kajian ini berjaya mengetengahkan bentuk-bentuk penulisan seni kaligrafi Arab yang menepati kaedah penulisan seni khat yang sebenar dan yang tidak menepati kaedah penulisannya. Semoga kajian ini dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat Islam khususnya di Sabah. |
---|