Kajian faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan sistem pengurusan imej foto digital secara atas talian di institusi pengajian program matrikulasi

Pengenalan pelbagai teknologi baru berkaitan pengurusan aset dan data digital serta multimedia secara atas talian (Online) pada masa kini telah menyediakan satu alternatif platform baru kepada pengguna untuk menguruskan data-data tersebut. Penggunaan aset multimedia yang meluas di dalam pelbagai bid...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yusri Abidin
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39491/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39491/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Pengenalan pelbagai teknologi baru berkaitan pengurusan aset dan data digital serta multimedia secara atas talian (Online) pada masa kini telah menyediakan satu alternatif platform baru kepada pengguna untuk menguruskan data-data tersebut. Penggunaan aset multimedia yang meluas di dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan seperti dalam bentuk foto digital memerlukan penyediaan ruang storan yang besar , fleksibel , mudah di akses, selamat dan terpelihara. Penggunaan pelbagai teknologi baru berasaskan online khasnya teknologi di Internet sebagai saluran alternatif untuk menguruskan bahan-bahan berkenaan secara lebih efektif, menyeluruh dan mudah belum digunakan secara meluas pada masa kini termasuk di kolej matrikulasi. Ini disebabkan beberapa kekangan terutamanya persepsi terhadap penerimaan penggunaan teknologi baru di sesebuah organisasi terutamanya yang masih mengamalkan pendekatan lama . Antara aspek yang dikenalpasti mempunyai pengaruh berkaitan pengguaan sistem pengurusan foto digital secara online di institusi pengajian seperti di kolej matrikulasi ialah berkaitan faktor keselamatan dan akses ke atas bahan-bahan digital berkenaan.Pengurusan imej foto digital melibatkan peringkat merekod, menyimpan, memproses dan mengguna semula data-data berkenaan. Amalan pengurusan yang diamalkan kini mempunyai kekangan tertentu misalnya ruangan storan yang terhad, medium storan fizikal yang sensitif, faktor penjagaan , akses yang terhad, isu keselamatan dan lain-lain. Teori Technology of Acceptance Model (TAM) yang dikemukakan oleh oleh Fred Davis ( 1989 ) yang mengkaji tahap dan pengaruh ke atas penerimaan pengguna terhadap penerimaan sesuatu teknologi baru di dalam sesebuah persekitaran sistem maklumat telah digunakan sebagai asas model kajian. Konstruk utama dalam TAM iaitu FaedahGuna (Usefullnes) , MudahGuna(Ease Of Use) dan NiatGuna (Intention To Use) digunakan sebagai faktor utama. Konstruk tambahan yang dimasukkan ialah keselamatan dan akses. Lima hipotesis yang dikemuka dan di kaji di dalam kajian iaitu Hipotesis 1 ialah Faktor FaedahGuna (Usefulness) mempunyai hubungan significant terhadap niat menggunakan (NiatGuna) pengurusan imej foto digital secara atas talian, Hipotesis 2 iaitu Faktor MudahGuna (Ease of Use) mempunyai hubungan significant terhadap NiatGuna (Intention To Use) pengurusan imej foto digital secara atas talian, Hipotesis 3 iaitu Faktor pemeliharaan (Preservation) mempunyai hubungan significant terhadap niat menggunakan (NiatGuna) pengurusan imej foto digital secara atas talian, Hipotesis 4 iaitu Faktor perlindungan (Protection) mempunyai hubungan significant terhadap niat menggunakan (NiatGuna) pengurusan imej foto digital secara atas talian dan Hipotesis 5 iaitu Faktor akses (Accessibility) mempunyai hubungan significant terhadap niat menggunakan (NiatGuna) pengurusan imej foto digital secara atas talian. Faktor MudahGuna, FaedahGuna dan Keselamatan mempunyai hubungan significant ke atas NiatGuna sistem pengurusan imej foto digital secara atas talian, manakala konstruk Akses tidak mempunyai hubungan significant ke atas pengurusan imej foto digital secara atas talian.