Pembinaan modul pengajaran geografi fizikal berasaskan konstruktivis dan kesannya terhadap pencapaian pelajar

Kajian ini adalah tentang pembinaan modul pengajaran Geografi Fizikal berasaskan konstruktivis dan kesannya terhadap pencapaian pelajar. Penyelidik menggunakan pradigma pragmatisme yang mengabungkan epistomologi, ontologi dan metodologi dalam penulisan kajian ini. Oleh itu, kajian ini menggunakan re...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Pembinaan modul pengajaran geografi fizikal berasaskan konstrukt
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40498/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40498/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Kajian ini adalah tentang pembinaan modul pengajaran Geografi Fizikal berasaskan konstruktivis dan kesannya terhadap pencapaian pelajar. Penyelidik menggunakan pradigma pragmatisme yang mengabungkan epistomologi, ontologi dan metodologi dalam penulisan kajian ini. Oleh itu, kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan (embedded design) yang menggabungkan reka bentuk kuasi eksperimental dan kajian kes terhadap 70 orang responden kajian. Seramai 35 orang responden kumpulan rawatan dipilih melalui persampelan bertujuan selebihnya adalah responden kumpulan kawalan yang dipilih secara padanan. Penyelidik telah membangunkan modul pengajaran Geografi Fizikal yang dikenali sebagai Modul Pengajaran Geografi SKAA untuk menyelesaikan masalah pembelajaran dan pencapaian akademik kumpulan rawatan. Modul pengajaran ini mempunyai tiga fasa utama iaitu fasa skim kognitif, asimilasi dan akomodasi. Sebaliknya, kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah tradisional selama enam minggu. Data dikutip menggunakan ujian kertas pensil, pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual yang ditadbir oleh penyelidik sendiri. Analisis varian (ANOVA) menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min skor markah bagi kumpulan rawatan dan kawalan bagi soalan kemahiran berfikir aras rendah (LOTS). Bagaimanapun, analisis varian (ANOVA) menunjukkan terdapat perbezaan min skor markah bagi kedua-dua kumpulan bagi soalan kemahiran berfikir aras sederhana dan tinggi (MOTS dan HOTS). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa modul pengajaran ini dapat membantu pelajar menjawab soalan-soalan pada aras kognitif sederhana dan tinggi. Dapatan daripada analisis kualitatif seperti pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual menunjukkan bahawa peningkatan keupayaan kumpulan rawatan menjawab soalan-soalan aras kognitif tinggi adalah disebabkan oleh penggunaan strategi berpusatkan pelajar dan bahan. Penggunaan pelbagai teknik pembelajaran seperti simulasi, pembelajaran berasaskan masalah, perbincangan berpasangan, pembentangan, pembinaan peta pemikiran dan teknik soal jawab menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses meneroka ilmu, seterusnya mengalami proses asimilasi dan akomodasi. Bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti ketika pelaksanaan modul ini seperti bilik darjah yang kurang kondusif, guru dan pelajar masih terpengaruh dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional, kurang kemudahan dan pelajar kurang bersedia mengikut proses pengajaran dan pembelajaran pada peringkat awal pelaksanaan modul ini.