Kehidupan dan kesihatan orang asli di Malaysia

Buku ini menyingkap pengalaman sekumpulan penyelidik dari IPTA dalam mendapatkan gambaran gaya hidup dan tahap kesihatan penduduk pribumi di Semenanjung Malaysia iaitu kaum Orang Asli. Kaum yang tinggal bertaburan di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia ini masih lagi mengamalkan kehidupan tradisi...

Full description

Bibliographic Details
Other Authors: Osman Ali
Format: Book
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2005
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40933/5/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40933/2/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Buku ini menyingkap pengalaman sekumpulan penyelidik dari IPTA dalam mendapatkan gambaran gaya hidup dan tahap kesihatan penduduk pribumi di Semenanjung Malaysia iaitu kaum Orang Asli. Kaum yang tinggal bertaburan di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia ini masih lagi mengamalkan kehidupan tradisi dan bergantung kepada sumber hutan di samping mengamalkan pertanian desa. Ini memberi kesan terhadap tahap kesihatan mereka terutama kerentanan yang tinggi terhadap penyakit berjangkit seperti malaria dan tuberkulosis. Selain itu, masalah kekurangan zat makanan masih prevalens di kalangan Orang Asli yang tinggal di pedalaman. Di kawasan pinggir bandar yang sedang dimajukan, penduduk Orang Asli mengalami perubahan sosio-budaya dan gaya hidup yang drastik. Terdapat peningkatan penyakit seperti kegemukan dan sindrom kerintangan insulin yang boleh membawa kepada penyakit diabetes melitus sekiranya langkah pencegahan tidak diambil. Masa depan golongan ini sangat bergantung kepada respons mereka terhadap sekitaran yang semakin membangun. Tanpa perancangan yang rapi dari segi pendidikan dan pembangunan insan, golongan ini pasti akan mengalami kejutan budaya dan menghidap penyakit yang serius pada masa akan datang.