Sikap komuniti miskin terhadap pembangunan: satu kajian eksperimen di Pulau Omadal, Semporna

Objektif utama kajian ini ialah untuk menillai perubahan sikap terhadap pembangunan dalam suatu komuniti setelah diberi rawatan. Rawatan yang dijalankan adalah dalam bentuk ceramah pembangunan dan motivasi, sesi dialog dan aktiviti-aktiviti komuniti seperti program anak angkat, gotong-royong, malam...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Getrude C. Ah Gang
Other Authors: Mohammad Haji-Yusuf
Format: Book
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2003
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40935/4/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40935/5/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Objektif utama kajian ini ialah untuk menillai perubahan sikap terhadap pembangunan dalam suatu komuniti setelah diberi rawatan. Rawatan yang dijalankan adalah dalam bentuk ceramah pembangunan dan motivasi, sesi dialog dan aktiviti-aktiviti komuniti seperti program anak angkat, gotong-royong, malam interaksi, sukaneka, diskusi kelompok dan kunjungan dari rumah ke rumah. Seramai 35 pasangan suami isteri di Pulau Omadal menjadi subjek kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen dengan reka bentuk pra dan pos. Kajian ini mengambil masa 13 bulan dengan menjalankan rawatan selepas setiap 4 bulan. Satu lagi pemerhatian dijalankan 5 bulan selepas rawatan ketiga. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS. Teknik-teknik statistik seperti ANOVA ukuran berulangan, ujian t sampel berpadanan dan kolerasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perubahan sikap memainkan peranan penting dalam pembangunan komuniti.