Adat pra perkahwinan masyarakat Suluk menurut Islam: Kajian di Lahad Datu Sabah

Masyarakat Suluk merupakan salah satu etnik di Sabah yang memiliki budaya dan warisan daripada zaman nenek moyang. Sehingga kini masih wujud segelintir masyarakat di Lahad Datu Sabah yang mengekalkan identiti keaslian adat perkahwinan dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat beberapa elemen penting...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Atiqah Azman, Saifulazry Mokhtar, Mohd. Sohaimi Esa, Kasoma Thia, Mohd Khairi Lebai Ahmad
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41187/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41187/2/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Masyarakat Suluk merupakan salah satu etnik di Sabah yang memiliki budaya dan warisan daripada zaman nenek moyang. Sehingga kini masih wujud segelintir masyarakat di Lahad Datu Sabah yang mengekalkan identiti keaslian adat perkahwinan dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat beberapa elemen penting adat pra perkahwinan masyarakat Suluk yang perlu diteliti pelaksanaan mengikut penilaian agama Islam. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis adat-adat pra perkahwinan masyarakat Suluk menurut perspekftif Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kaedah temubual secara separa struktur dan kaedah kepustakaan. Pemilihan informan adalah berdasarkan golongan yang pernah melaksanakan adat perkahwinan dan golongan tua yang arif berkaitan adat tempatan masyarakat Suluk. Dapatan kajian membuktikan elemen-elemen adat pra perkahwinan masyarakat Suluk terdapat perkara yang bercanggah di dalam akidah dan syariat Islam seperti pemilihan tarikh pada bulan Safar tidak boleh dilaksanakan majlis pertunangan mahupun pernikahan kerana mengelakkan daripada terkena bala dan malapetaka. Akan tetapi wujud juga, adat yang unik dalam identiti masyarakat Suluk yang perlu dikekalkan untuk mengekalkan khazanah adat warisan generasi lampau dan menjadi tradisi untuk generasi milenial kini