Keperluan membangunkan modul elektronik bagi pembelajaran bertutur Bahasa Arab
Pembelajaran kemahiran bertutur secara dalam talian adalah salah satu cabang kajian bahasa Arab yang perlu diperkasai agar kemajuan pembelajaran bahasa berbantukan teknologi dan multimedia di Malaysia tidak ketinggalan zaman. Tidak dinafikan, peralihan drastik kepada mod pembelajaran dalam talian se...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Universiti Sultan Zainal Abidin
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41609/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41609/2/FULL%20TEXT.pdf |
Summary: | Pembelajaran kemahiran bertutur secara dalam talian adalah salah satu cabang kajian bahasa Arab yang perlu diperkasai agar kemajuan pembelajaran bahasa berbantukan teknologi dan multimedia di Malaysia tidak ketinggalan zaman. Tidak dinafikan, peralihan drastik kepada mod pembelajaran dalam talian sebagai norma baharu memaksa semua pihak beradaptasi dengan cepat bagi memastikan kelestarian pendidikan terus terpelihara. Natijahnya, pelbagai kesulitan dihadapi oleh pelajar dan pengajar dalam mempelajari kemahiran bertutur bahasa Arab. Situasi ini menuntut kebijaksanaan untuk mengatasi sebarang kesukaran yang timbul, termasuk mempertimbangkan kesesuaian bahan sokongan dan alat bantu yang digunakan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan penggunaan modul elektronik berasaskan multimedia sebagai bahan sokongan dalam pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab tahap asas secara dalam talian. Kajian kualitatif ini menggunakan temu bual separa berstruktur sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai 12 orang pelajar sarjana muda dan tiga orang pengajar telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Seterusnya, data dianalisis secara tematik menggunakan perisian Atlas ti. versi 8.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat kesukaran utama yang dihadapi oleh pelajar semasa mempelajari kemahiran bertutur dalam talian iaitu kekangan bahasa, teknologi, aktiviti pembelajaran dan pengajar. Sedangkan, pengajar pula mengutarakan tiga kesukaran lain iaitu kekangan dari aspek silibus pelajaran dan masa belajar, perhatian kepada pelajar dan kebergantungan pelajar. Bagi mengatasi kesukaran tersebut pelajar mencadangkan sembilan penambahbaikan, manakala di pihak pengajar pula sejumlah lima penambahbaikan telah dicadangkan. Akhirnya, semua peserta kajian sepakat bahawa modul elektronik berpotensi menawarkan solusi bagi membantu meningkatkan kualiti pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab secara dalam talian sekali gus menekankan keperluan agar sebuah modul elektronik khusus dibangunkan. |
---|