Pola ayat bahasa rumpun dusunik dalam penulisan dan komunikasi lisan

Setiap bahasa di dunia mempunyai pola ayat yang tersendiri. Rumpun bahasa Dusunik juga mempunyai susunan pola ayatnya yang tersendiri. Bahasa Dusunik merupakan rumpun bahasa pribumi yang terbesar di Sabah dan mempunyai sekurang-kurangnya 13 jenis bahasanya yang utama. Sesetengah dialek dalam rumpun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rozita binti Buyoh, Caroline L Loven, Johan Severinus Tati, Wong, Jane Kon Ling
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,Universiti Malaysia Sabah 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41699/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41699/2/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Setiap bahasa di dunia mempunyai pola ayat yang tersendiri. Rumpun bahasa Dusunik juga mempunyai susunan pola ayatnya yang tersendiri. Bahasa Dusunik merupakan rumpun bahasa pribumi yang terbesar di Sabah dan mempunyai sekurang-kurangnya 13 jenis bahasanya yang utama. Sesetengah dialek dalam rumpun bahasa Dusunik seperti dialek Tangara, dialek Bundu dan dialek Liwan telahpun digunakan dalam penulisan mahupun dalam media elektronik. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti pola ayat bahasa Dusunik dalam bentuk penulisan serta mengenal pasti pola ayat dalam bentuk komunikasi lisan. Kajian ini dilaksanakan melalui analisis dokumen ke atas beberapa teks yang dipilih daripada teks cerita rakyat dan petikan yang terdapat dalam buku teks bahasa Kadazandusun. Selain itu, data lapangan dikutip daripada komunikasi lisan penutur natif dialek Tangara, dialek Bundu dan dialek Liwan. Data kajian ini dianalisis menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah teori linguistik struktural. Data kajian akan dipersembahkan secara analisis deskriptif merangkumi setiap pola ayat yang terdapat dalam bentuk bertulis dan dalam bentuk komunikasi lisan. Perbincangan dan huraian akan berfokus kepada susunan dan binaan sturuktur sintaksis yang terdapat dalam kedua-dua sumber data. Signifikan kajian ini adalah untuk menambah kajian linguistik di Sabah serta dapat menyokong pemuliharaan bahasa pribumi