Controversies behind the idea of universal human rights: A Malaysian perspective

Persoalan hak asasi manusia merupakan suatu isu yang sering menjadi perdebatan semenjak berakhirnya Perang Dunia II (1939-1945). Pengisytiharan Deklarasi Hak Asasi Manusia pada tahun 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bertujuan untuk menetapkan satu nilai umum berkenaan hak asasi agar dapat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rizal Zamani Idris, Mohamad Shaukhi Mohd Radzi
Format: Article
Language:English
English
Published: Minda Masagi Press 2009
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42054/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42054/2/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Persoalan hak asasi manusia merupakan suatu isu yang sering menjadi perdebatan semenjak berakhirnya Perang Dunia II (1939-1945). Pengisytiharan Deklarasi Hak Asasi Manusia pada tahun 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bertujuan untuk menetapkan satu nilai umum berkenaan hak asasi agar dapat dihormati dan dipatuhi oleh negara dan masyarakat antarabangsa. Walau bagaimanapun, nilai dan sifat kesejagatan deklarasi tersebut terus menjadi perdebatan dan pertikaian. Artikel ini secara khususnya akan membicarakan serta menhujahkan bahawa adalah sukar untuk seluruh masyarakat antarabangsa yang berbilang bangsa dan agama bagi mencapai kesepakatan berkaitan kesejagatan hak asasi tersebut. Terdapat pelbagai isu yang sering diperdebatkan berkaitan hal tersebut. Persoalan-persoalan yang selalu diperdebatkan ialan pengertian hak asasi itu sendiri, kecenderungan persoalan tersebut kepada pemikiran Barat, persoalan kedaulatan, kepelbagaian budaya dan konflik nilai, serta kelemahan yang terdapat di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bersabit penyelesaian pelbagai isu-isu hak asasi diperingkat antarabangsa. Negara Malaysia pun memiliki wawasan dan dasar mengikut acuan sendiri yang bersabit dengan isu-isu hak asasi manusia ini.