Peranan koir dalam penghayatan dan pelestarian lagu etnik tradisional Sabah sebagai pengembangan identiti budaya

Dalam era globalisasi, penggunaan bahasa ibunda dan muzik tradisional di Sabah semakin terpinggir, khususnya dalam kalangan generasi muda. Kajian ini meneliti peranan koir sebagai medium penting dalam usaha penghayatan dan pelestarian lagu etnik tradisional Sabah, yang merangkumi elemen budaya dan i...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Elvin Dainal, Kenny David Yuntalla
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42615/1/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Dalam era globalisasi, penggunaan bahasa ibunda dan muzik tradisional di Sabah semakin terpinggir, khususnya dalam kalangan generasi muda. Kajian ini meneliti peranan koir sebagai medium penting dalam usaha penghayatan dan pelestarian lagu etnik tradisional Sabah, yang merangkumi elemen budaya dan identiti etnik. Melalui analisis literatur dan kajian kes persembahan koir di Sabah, kajian ini menyatakan bagaimana koir bukan sahaja berfungsi sebagai platform artistik tetapi juga sebagai alat pendidikan yang dapat memperkenalkan semula lagu etnik tradisional kepada khalayak yang lebih luas. Hasil kajian menunjukkan bahawa koir memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan lagu etnik tradisional, melalui proses adaptasi moden tanpa menghilangkan nilai-nilai asalnya. Walaupun terdapat cabaran seperti kurangnya pengetahuan muzik etnik di kalangan ahli koir dan kekurangan bahan muzik yang tersedia, kajian ini mencadangkan pendekatan strategik seperti kolaborasi dengan pemuzik etnik dan program pendidikan yang berfokuskan pemeliharaan warisan budaya. Kajian ini menekankan kepentingan penglibatan koir dalam usaha melestarikan dan memperkaya identiti budaya Sabah, serta menyeru kepada sokongan berterusan dalam mendokumentasi dan mempromosikan lagu etnik tradisional.