Hubungan parameter iklim mikro terhadap pencemaran udara di Kota Bharu, Kelantan
Kajian ini meneliti perkaitan iklim mikro bandar terhadap kepekatan bahan pencemaran udara dalam tempoh 11 tahun di bandar Kota Bharu, Kelantan. Terdapat dua objektif kajian (i) Mengenal pasti hubungan parameter iklim mikro terhadap perubahan kepekatan bahan pencemaran udara bermula tahun 1997 hingg...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42663/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42663/2/FULLTEXT.pdf |
_version_ | 1825716077185728512 |
---|---|
author | Nik Norlizaini Mat Husin |
author_facet | Nik Norlizaini Mat Husin |
author_sort | Nik Norlizaini Mat Husin |
collection | UMS |
description | Kajian ini meneliti perkaitan iklim mikro bandar terhadap kepekatan bahan pencemaran udara dalam tempoh 11 tahun di bandar Kota Bharu, Kelantan. Terdapat dua objektif kajian (i) Mengenal pasti hubungan parameter iklim mikro terhadap perubahan kepekatan bahan pencemaran udara bermula tahun 1997 hingga 2008 (ii) Mengenal pasti hubungan parameter iklim mikro mengikut kitaran angin bermusim terhadap perubahan kepekatan bahan pencemaran udara bermula November 1997 hingga Oktober 2009. Data parameter iklim seperti suhu, kelajuan angin, kelembapan udara relatif, tekanan udara, dan jumlah curahan hujan diperolehi daripada sumber berkaitan manakala data bahan pencemaran udara nitrogen dioksida (NO2), karbon monoksida (CO), ozon permukaan (O3), metana (CH4) dan partikel terampai (PM10) diperolehi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Analisis deskriptif menunjukkan trend suhu dan kelajuan angin adalah seragam, kelembapan udara relatif dan dan tekanan udara semakin meningkat manakala jumlah curahan hujan semakin berkurang menunjukkan. Dari segi kepekatan bahan pencemaran, PM10, O3 dan NO2 semakin meningkat manakala CO dan metana pula semakin berkurang. Analisis korelasi secara tahunan antara parameter iklim mikro dan bahan pencemaran udara tidak menunjukkan perkaitan yang ketara dan hubungannya juga lemah dan sangat lemah. Walau bagaimanapun, analisis mengikut musim menunjukkan terdapat hubungan kuat semasa musim timur laut (MTL) yang mana 40.1 peratus kepekatan PM10 dipengaruhi oleh kelembapan udara relatif (77.2-90.1%). Semasa musim peralihan (MTLP), kepekatan PM10 dan CO dipengaruhi oleh kelajuan angin maksimum (12.8-19.7 km/j) sebanyak 49.4 peratus manakala 36.1 peratus bagi kepekatan CO. Musim MBD pula menunjukkan kepekatan NO2 dipengaruhi oleh suhu maksimum (30.5-33.4ºC) iaitu 22.2 peratus. Manakala, kepekatan PM10 dipengaruhi oleh kelajuan angin minimum (6.2-7.7km/j) dan tekanan udara (1009.3-1011.4 milibar) iaitu sebanyak 54.2 peratus dan 42 peratus masing-masing semasa musim peralihan barat daya (MBDP). CO pula dipengaruhi oleh kelajuan angin maksimum (13.1-15.8 km/j) dan kelajuan angin minimum (6.2-7.7 km/j) sebanyak 43.2 peratus. Melalui kajian ini, dapat dirumuskan bahawa kitaran angin bermusim sangat mempengaruhi dalam proses sebaran dan pengangkutan bahan pencemaran udara di atmosfera. Selain itu, bentuk topografi juga berperanan ke atas hubungan iklim mikro terhadap bahan pencemaran udara pada setiap masa. |
first_indexed | 2025-03-05T01:35:31Z |
format | Thesis |
id | ums.eprints-42663 |
institution | Universiti Malaysia Sabah |
language | English English |
last_indexed | 2025-03-05T01:35:31Z |
publishDate | 2013 |
record_format | dspace |
spelling | ums.eprints-426632025-01-23T06:20:28Z https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42663/ Hubungan parameter iklim mikro terhadap pencemaran udara di Kota Bharu, Kelantan Nik Norlizaini Mat Husin TD878-894 Special types of environment Including soil pollution, air pollution, noise pollution Kajian ini meneliti perkaitan iklim mikro bandar terhadap kepekatan bahan pencemaran udara dalam tempoh 11 tahun di bandar Kota Bharu, Kelantan. Terdapat dua objektif kajian (i) Mengenal pasti hubungan parameter iklim mikro terhadap perubahan kepekatan bahan pencemaran udara bermula tahun 1997 hingga 2008 (ii) Mengenal pasti hubungan parameter iklim mikro mengikut kitaran angin bermusim terhadap perubahan kepekatan bahan pencemaran udara bermula November 1997 hingga Oktober 2009. Data parameter iklim seperti suhu, kelajuan angin, kelembapan udara relatif, tekanan udara, dan jumlah curahan hujan diperolehi daripada sumber berkaitan manakala data bahan pencemaran udara nitrogen dioksida (NO2), karbon monoksida (CO), ozon permukaan (O3), metana (CH4) dan partikel terampai (PM10) diperolehi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Analisis deskriptif menunjukkan trend suhu dan kelajuan angin adalah seragam, kelembapan udara relatif dan dan tekanan udara semakin meningkat manakala jumlah curahan hujan semakin berkurang menunjukkan. Dari segi kepekatan bahan pencemaran, PM10, O3 dan NO2 semakin meningkat manakala CO dan metana pula semakin berkurang. Analisis korelasi secara tahunan antara parameter iklim mikro dan bahan pencemaran udara tidak menunjukkan perkaitan yang ketara dan hubungannya juga lemah dan sangat lemah. Walau bagaimanapun, analisis mengikut musim menunjukkan terdapat hubungan kuat semasa musim timur laut (MTL) yang mana 40.1 peratus kepekatan PM10 dipengaruhi oleh kelembapan udara relatif (77.2-90.1%). Semasa musim peralihan (MTLP), kepekatan PM10 dan CO dipengaruhi oleh kelajuan angin maksimum (12.8-19.7 km/j) sebanyak 49.4 peratus manakala 36.1 peratus bagi kepekatan CO. Musim MBD pula menunjukkan kepekatan NO2 dipengaruhi oleh suhu maksimum (30.5-33.4ºC) iaitu 22.2 peratus. Manakala, kepekatan PM10 dipengaruhi oleh kelajuan angin minimum (6.2-7.7km/j) dan tekanan udara (1009.3-1011.4 milibar) iaitu sebanyak 54.2 peratus dan 42 peratus masing-masing semasa musim peralihan barat daya (MBDP). CO pula dipengaruhi oleh kelajuan angin maksimum (13.1-15.8 km/j) dan kelajuan angin minimum (6.2-7.7 km/j) sebanyak 43.2 peratus. Melalui kajian ini, dapat dirumuskan bahawa kitaran angin bermusim sangat mempengaruhi dalam proses sebaran dan pengangkutan bahan pencemaran udara di atmosfera. Selain itu, bentuk topografi juga berperanan ke atas hubungan iklim mikro terhadap bahan pencemaran udara pada setiap masa. 2013 Thesis NonPeerReviewed text en https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42663/1/24%20PAGES.pdf text en https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42663/2/FULLTEXT.pdf Nik Norlizaini Mat Husin (2013) Hubungan parameter iklim mikro terhadap pencemaran udara di Kota Bharu, Kelantan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah. |
spellingShingle | TD878-894 Special types of environment Including soil pollution, air pollution, noise pollution Nik Norlizaini Mat Husin Hubungan parameter iklim mikro terhadap pencemaran udara di Kota Bharu, Kelantan |
title | Hubungan parameter iklim mikro terhadap pencemaran udara di Kota Bharu, Kelantan |
title_full | Hubungan parameter iklim mikro terhadap pencemaran udara di Kota Bharu, Kelantan |
title_fullStr | Hubungan parameter iklim mikro terhadap pencemaran udara di Kota Bharu, Kelantan |
title_full_unstemmed | Hubungan parameter iklim mikro terhadap pencemaran udara di Kota Bharu, Kelantan |
title_short | Hubungan parameter iklim mikro terhadap pencemaran udara di Kota Bharu, Kelantan |
title_sort | hubungan parameter iklim mikro terhadap pencemaran udara di kota bharu kelantan |
topic | TD878-894 Special types of environment Including soil pollution, air pollution, noise pollution |
url | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42663/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42663/2/FULLTEXT.pdf |
work_keys_str_mv | AT niknorlizainimathusin hubunganparameteriklimmikroterhadappencemaranudaradikotabharukelantan |