Kajian awal sorotan literatur literasi media dan perubahan tingkah laku kesihatan tahun 2010 hingga 2020

Kajian ini meneliti tahap literasi media dan perubahan tingkah laku kesihatan dalam kalangan masyarakat dari 2010 hingga 2020. Masalah kajian berfokus kepada pengaruh literasi media terhadap keputusan kesihatan. Objektifnya adalah untuk meninjau tahap literasi media yang mempengaruhi perubahan tingk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norhuda Salleh, Nor Adila Samuri, Asmiaty Amat
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UMS 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42667/1/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Kajian ini meneliti tahap literasi media dan perubahan tingkah laku kesihatan dalam kalangan masyarakat dari 2010 hingga 2020. Masalah kajian berfokus kepada pengaruh literasi media terhadap keputusan kesihatan. Objektifnya adalah untuk meninjau tahap literasi media yang mempengaruhi perubahan tingkah laku kesihatan individu. Kajian ini juga mengkaji kesesuaian pendekatan yang digunakan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap kepentingan literasi media. Metodologi penyelidikan melibatkan tinjauan literatur secara sistematik terhadap kajian terdahulu menerusi pangkalan data Scopus yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, yang menawarkan capaian terbuka sahaja. Kata kunci yang digunakan untuk proses pencarian artikel yang menepati kriteria penelitian adalah ‘media’,‘literacy’, ‘communication’, ‘behaviour’ dan ‘health’. Sampel kajian terdiri daripada 402 artikel jurnal, dengan hanya 34 artikel sahaja yang memenuhi kriteria. Dapatan menunjukkan literasi media yang baik mempunyai kemungkinan untuk meningkatkan kesedaran dan membawa kepada perubahan tingkah tingkah laku kesihatan. Kesimpulan menyarankan peningkatan literasi media melalui pendidikan adalah diperlukan agar masyarakat lebih berkebolehan untuk memahami dan menilai informasi yang diterima dengan lebih berkualiti.