Pemilihan karya sastera untuk pembelajaran bidang estetika bahasa kadazandusun sekolah peringkat menengah atas
Pemilihan karya sastera untuk pembelajaran bahasa memerlukan kriteria yang bersesuaian dengan konteks bahasa yang dipelajari. Namun demikian, terdapat pelbagai indikator pemilihan karya sastera digunakan dalam pelbagai sumber kepustakaan. Penggunaan indikator yang berbeza menimbulkan kekeliruan untu...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42795/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42795/2/FULLTEXT.pdf |
Summary: | Pemilihan karya sastera untuk pembelajaran bahasa memerlukan kriteria yang bersesuaian dengan konteks bahasa yang dipelajari. Namun demikian, terdapat pelbagai indikator pemilihan karya sastera digunakan dalam pelbagai sumber kepustakaan. Penggunaan indikator yang berbeza menimbulkan kekeliruan untuk menentukan panduan memilih karya sastera untuk pembelajaran suatu bahasa. Demi mengatasi kekeliruan menentukan panduan memilih karya, maka kajian ini dijalankan untuk merangkumkan pelbagai indikator dan sub indikator dari sumber kepustakaan umum, kepustakaan khusus Kadazandusun dan temu bual guru-guru bahasa Kadazandusun. Data-data naratif dirangkum menggunakan pendekatan Conventional Content Analysis (CCA) yang mengkategori tema-tema dan sub-sub tema. Hasil analisis data-data naratif disusun menjadi Tipologi Protokol Pemilihan Karya (TPPK) sastera Kadazandusun. TPPK terdiri dari enam (6) indikator dan 133 sub indikator. Enam indikator itu terdiri dari bahasa, sastera, guru, pelajar, kurikulum dan budaya masyarakat. Indikator bahasa terdiri dari 16 sub indikator, sastera (36), guru (35), pelajar (24), kurikulum (9) dan budaya masyarakat (13). Penyusunan TPPK meletakkan kriteria pemilihan karya sastera yang kontekstual untuk pembelajaran Bidang Estetika (BE) bahasa Kadazandusun sekolah peringkat menengah. TPPK digunakan untuk menganalisis karya-karya sastera dalam buku teks bahasa Kadazandusun dan khazanah kesusasteraan Kadazandusun. Karyakarya sastera yang dianalisis merangkumi genre prosa dan puisi sastera tradisional dan moden. Analisis dijalankan untuk menentukan skala kesesuaian karya sastera untuk pembelajaran BE bahasa Kadazandusun dalam buku teks. Analisis juga dijalankan untuk menyusun senarai karya cadangan pembelajaran BE dalam kurikulum bahasa Kadazandusun sekolah peringkat menengah atas. Analisis TPPK ke atas karya-karya sastera Kadazandusun dijalankan dengan mengesan indikator dan sub-sub indikator TPPK dalam kandungan karya. Paparan indikator dalam karya dirumus berdasarkan kadar frekuensi dan peratusan sub indikator. Kadar frekuensi dan peratusan diukur berdasarkan skala lima mata penilaian UMS (2003) dan MyiPO (2016). Skala penilaian terdiri dari Tidak Berkenaan (0-34%), Tidak Memuaskan (35-44%), Kurang Memuaskan (45-54%), Memuaskan (55-64%), Baik (65-74%) dan Amat Baik (75-100%). Sebanyak 18 karya sastera dianalisis yang melibatkan tujuh (7) karya dari buku teks dan 11 karya dari khazanah kesusasteraan Kadazandusun. Hasil analisis mendapati lima (5) karya dari buku teks sesuai sebagai bahan pembelajaran BE manakala dua (2) karya lagi tidak sesuai. Sementara hasil analisis karya-karya dari khazanah kesusasteraan Kadazandusun menghasilkan senarai 11 karya cadangan bahan pembelajaran BE bahasa Kadazandusun sekolah peringkat menengah atas. |
---|