Pengetahuan ilmu kenegaraan dan perlembagaan dalam pembentukan nilai baik di kalangan mahasiswa: Kajian kes di UMS

Ilmu kenegaraan dan perlembagaan terhadap rakyat adalah sangat penting. Seseorang warganegara seharusnya memiliki ilmu tersebut bagi meningkatkan tahap patriotik terhadap negara dan seterusnya dapat melahirkan warganegara yang memiliki nilai serta etika kehidupan yang unggul. Pengetahuan yang berkai...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Joloning Joe Majambu, Mohd. Azri Ibrahim, Romzi Ationg, Saifulazry Mokhtar
Format: Article
Language:English
Published: Global Academic Excellence 2024
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42897/1/FULL%20TEXT.pdf
Description
Summary:Ilmu kenegaraan dan perlembagaan terhadap rakyat adalah sangat penting. Seseorang warganegara seharusnya memiliki ilmu tersebut bagi meningkatkan tahap patriotik terhadap negara dan seterusnya dapat melahirkan warganegara yang memiliki nilai serta etika kehidupan yang unggul. Pengetahuan yang berkaitan dengan perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara, demokrasi, berparlimen, sejarah kemerdekaan adalah antara perkara yang seharusnya dimiliki ilmunya oleh seseorang warganegara di Malaysia. Penghayatan ilmu tersebut penting untuk memastikan kehidupan bernegara yang harmoni dan sejahtera kerana ianya mampu menjadi benteng kepada segala perbuatan yang bertentangan dengan amalan hidup yang tidak beretika dan bermoral. Bagi memahami hal ini maka kertas kerja ini memberi penjelasan tentang pengetahuan masyarakat terutamanya generasi muda terhadap ilmu kenegaraan Malaysia. Diharap kertas kerja ini menyediakan penjelasan sewajarnya tentang topik yang diketengahkan bagi memastikan kelangsungan Malaysia yang harmoni, selamat dan beretika.