Sundait Kadazaandusun : dokumentasi dan analisis
Fokus utama penyelidikan ini ialah sundait dan kaitannya dengan unsur kepercayaan, kepekaan, pengajaran dan pandangan dunia orang Kadazandusun. Tahap-tahap penting penyelidikan ini ialah merakam, mentranskrip, membuat pengkelasan dan menganalisis sundait untuk mengesan kepercayaan, kepekaan, pengaja...
Autor principal: | |
---|---|
Formato: | Tese |
Idioma: | English English |
Publicado em: |
2011
|
Assuntos: | |
Acesso em linha: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42938/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42938/2/FULLTEXT.pdf |
Resumo: | Fokus utama penyelidikan ini ialah sundait dan kaitannya dengan unsur kepercayaan, kepekaan, pengajaran dan pandangan dunia orang Kadazandusun. Tahap-tahap penting penyelidikan ini ialah merakam, mentranskrip, membuat pengkelasan dan menganalisis sundait untuk mengesan kepercayaan, kepekaan, pengajaran dan pandangan dunia orang Kadazandusun. Kaedah analisis yang digunakan ialah kaedah kualitatif. Melalui kerja lapangan, pengkaji telah merakam lima ratus tiga puluh enam buah sundait dan maklumat kegiatan “bersundait” daripada informan pelbagai keturunan Kadazandusun di beberapa lokasi terpilih di Pantai Barat dan Pedalaman Sabah. Hasil kerja lapangan telah ditranskrip ke dalam dua bentuk teks verbatim (teks verbatim sundait dan teks temu bual sundait ) dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu serta disusun mengikut lokasi tempat kajian. Penyelidikan ini telah menghasilkan tiga dapatan yang signifikan. Pertama, pengkelasan lima ratus tiga puluh enam buah sundait kepada beberapa kelas yang mencerminkan budaya hidup orang Kadazandusun. Kedua, beberapa subgenre sundait orang Kadazandusun, konteks “bersundait” dan fungsi-fungsi sundait dalam masyarakat orang Kadazandusun telah dikenal pasti. Ketiga, Unsur Kepercayaan, Kepekaan, Pengajaran dan pandangan dunia orang Kadazandusun. Secara keseluruhannya, penyelidikan ini memberikan empat sumbangan penting. Pertama, pengabadian lima ratus tiga puluh enam buah sundait untuk tatapan generasi akan datang. Kedua, penjenisan sundait kepada beberapa subgenre merupakan input yang signifikan bagi melestarikan khazanah rakyat ini. Ketiga, konteks dan fungsi “bersundait” membolehkan kita memahami konteks “bersundait” yang tepat dalam budaya orang Kadazandusun. Keempat, kepercayaan, kepekaan, pengajaran dan pandangan dunia orang Kadazandusun membolehkan pembaca umum memahami konsepsi orang Kadazandusun terhadap alam ghaib dan kepercayaan, alam nyata, tumbuh-tumbuhan, binatang dan diri manusia. |
---|