Penilaian Program Kitar Semula Sisa Pepejal di Sekolah Menengah dalam Tiga Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor
Matlamat utama Program Kitar Semula Sisa Pepejal di sekolah menengah yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar terhadap program tersebut. Walau bagaimanapun sejak program ini diperkenalkan pada tahun 1998, tiada sebaran...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10047/1/FPAS_2009_9_A.pdf |
Summary: | Matlamat utama Program Kitar Semula Sisa Pepejal di sekolah menengah yang
dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor adalah untuk
meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar terhadap program tersebut. Walau
bagaimanapun sejak program ini diperkenalkan pada tahun 1998, tiada sebarang
penilaian dilakukan terhadap keberkesanan program tesebut. Oleh itu objektif umum
kajian ini adalah untuk menentukan tahap pelaksanaan Program Kitar Semula Sisa
Pepejal di sekolah menengah dalam tiga kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri
Selangor menggunakan Model Penilaian CIPP Stufflebeam dengan memberi fokus
kepada dua komponen dalam model penilaian; pertama, dimensi proses (proses
penyebaran maklumat, kemudahan peralatan program, sokongan pentadbir sekolah,
sistem pemantauan, sistem pengiktirafan dan masalah semasa proses pelaksanaan
program) dan kedua, dimensi produk (pengetahuan dan sikap pelajar terhadap Program
Kitar Semula Sisa Pepejal di sekolah). Objektif khusus kajian ini adalah untuk menentukan tahap pelaksanaan Program Kitar
Semula Sisa Pepejal dari dimensi proses; menentukan tahap pencapaian matlamat
Program Kitar Semula Sisa Pepejal dari dimensi produk; menentukan hubungan antara
pemboleh ubah (faktor-faktor) dalam dimensi proses dengan dimensi produk serta untuk
mengenal pasti faktor dalam dimensi proses yang menjelaskan variasi dimensi produk
dalam kalangan pelajar sekolah. |
---|