Menangani Karya Sasterawan Negara A. Samad Said: Pengalaman dan Profesionalisme Editor

Tesis ini merupakan kajian pengalaman dan profesionalisme pengkaji sebagai editor buku sastera yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka semenjak tahun 1990 dan mengkhusus pada pengalaman dan profesionalisme pengkaji sebagai editor yang menangani penerbitan karya Sasterawan Negara A. Samad Said, iai...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ishak, Mohamad Yussop
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10140/1/FBMK_2001_14.pdf
Description
Summary:Tesis ini merupakan kajian pengalaman dan profesionalisme pengkaji sebagai editor buku sastera yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka semenjak tahun 1990 dan mengkhusus pada pengalaman dan profesionalisme pengkaji sebagai editor yang menangani penerbitan karya Sasterawan Negara A. Samad Said, iaitu Lantai T. Pinkie dan Warkah Eropah. Kajian ini juga memperlihatkan kerenah A. Samad Said sebagai pengkarya dan kerenah birokrasi yang menerbitkan kedua-dua karya A. Samad Said itu. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman merupakan elemen yang paling penting dalam sesuatu bidang pekerjaan, khususnya dalam penerbitan buku. Pengalaman juga berupaya meningkatkan tahap profesionalisme editor. Kedua-dua elemen yang bergabung pada diri seseorang editor akan mengupayakan editor membuat keputusan yang tepat, sesekali "melanggar" aturan birokrasi untuk memberi kebaikan kepada penulis dan juga organisasi. Kajian ini juga membuktikan bahawa penu lis kreatif yang mencapai tahap mutu penulisan yang tinggi mempunyai kerenah yang kadang-kadang dimunculkan oleh birokrasi. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah yang timbul, kaedah yang tidak mengikut peraturan organisasi terpaksa dilakukan. Ini menunjukkan bahawa mengurus manusia seni harus mempunyai kaedah yang membebaskannya daripada segala aturan birokrasi.