Kesalahan bacaan dalam bahasa Melayu oleh murid disleksia berdasarkan perspektif Teori Levinson

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesalahan bacaan bahasa Melayu dalam kalangan murid disleksia. Sampel kajian terdiri daripada 100 kanak-kanak disleksia yang dipilih daripada 10 cawangan Persatuan Disleksia Malaysia. Kajian ini bersandarkan Teori Levinson (1994) yang bertunjangkan tujuh jenis me...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Subramaniam, Vijayaletchumy, Abd Wahid, Puteri Roslina, Abd Rahim, Normaliza, Kunasegran, Kavenia
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia 2022
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102041/1/17%20JSSH-8518-2021.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesalahan bacaan bahasa Melayu dalam kalangan murid disleksia. Sampel kajian terdiri daripada 100 kanak-kanak disleksia yang dipilih daripada 10 cawangan Persatuan Disleksia Malaysia. Kajian ini bersandarkan Teori Levinson (1994) yang bertunjangkan tujuh jenis mekanisme kesalahan bacaan, iaitu pengguguran, pemindahan, penyisipan, penggantian, pembalikan, pemeluwapan, penambahan atau agakan/suka-suka. Data kajian dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian dan pengujian. Pengkaji menggunakan teks bacaan bahasa Melayu mengikut kesesuaian tahap pembelajaran sebagai alat kajian dalam meneliti kesalahan bacaan murid disleksia. Hasil kajian membuktikan murid disleksia menunjukkan kesukaran dalam beberapa aspek bacaan, iaitu jenis pengguguran, pembalikan, penggantian, penyisipan dan agak-agakan. Kelima-lima jenis kesalahan bacaan tersebut didapati menyokong Teori Levinson Disleksia (1994), manakala hasil kajian juga telah membuktikan beberapa kesalahan bacaan dalam kalangan murid disleksia di luar jangkaan teori tersebut.