Kesedaran pelanggan tentangproduk dan perkhidmatan perbankan Islam di Bintulu, Sarawak

Perbankan Islam, kekal sebagai sebahagian daripada landskap perkhidmatan kewangan arus perdana seperti yang digambarkan oleh prospek makro yang kukuh dan menjadi teras kepada pasaran dan aset kewangan Islam. Ianya semakin diterima sebagai alternatif untuk membina sist...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Latip, Malisah, Omar, Salmah, Abang Abai, Dayang Shobihah
Format: Article
Published: Labuan e-journal of muamalat & society 2022
Description
Summary:Perbankan Islam, kekal sebagai sebahagian daripada landskap perkhidmatan kewangan arus perdana seperti yang digambarkan oleh prospek makro yang kukuh dan menjadi teras kepada pasaran dan aset kewangan Islam. Ianya semakin diterima sebagai alternatif untuk membina sistem kewangan yang komprehensif. Pertumbuhan demografidanekonomi di kebanyakan negara-negara Islam telah merangsang permintaan untuk produk perbankan patuh Syariah. Walaupun terdapat peningkatan dalam institusi perkhidmatan kewangan yang menawarkan produk perbankan Islam yang membawa kepada peningkatan tahap kesedaran pelanggan, ia juga telah meningkatkan tekanan persaingan di pasaran. Kajian ini dilaksanakan sebagai langkah untuk mengenalpasti tahap kesedaran pelanggan di Bintulu, Sarawak berkenaan produk dan perkhidmatan perbankan Islam. Seramai 436 respondenterlibat dalam kajian ini. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Hasil analisis mendapati, majoriti responden mengetahui produk perbankan Islam seperti akaun simpanan dan akaun semasa Al-Wadiah. Produk yang paling kurang popular dalam kalangan responden adalah Sukukiaitu bon Islam. Majoriti responden juga berminat untuk mengekalkan/menggunakan produk dan perkhidmatan perbankan Islam dalam tempoh 2 tahun pada masa akan datang. Justeru, pihak kerajaan dan bank hendaklah bekerjasama mempromosikan produk perbankan Islam untuk menarik perhatian pelanggan menggunakan seterusnya mengekalkan penggunaan produk perbankan Islam.