Program 3K tingkat pengetahuan tentang kanser

SERDANG, 24 Feb - Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari setiap tahun, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Kesedaran Kanser (3K) bertemakan ‘Today’s Youth, Tomorrow’s World – cancer prevention through healthy lifestyle’. Naib Canse...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10276/1/Program_3K_tingkat_pengetahuan_tentang_kanser.pdf
_version_ 1796967905117601792
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
collection UPM
description SERDANG, 24 Feb - Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari setiap tahun, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Kesedaran Kanser (3K) bertemakan ‘Today’s Youth, Tomorrow’s World – cancer prevention through healthy lifestyle’. Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, program selama dua hari bermula 24 hingga 25 Februari 2011 itu bertujuan memberi pendedahan, kesedaran selain meningkatkan pengetahuan mengenai kanser kepada pelajar, belia dan penduduk. ”Selain itu, ia merupakan wadah pendedahan awal kepada golongan sasar bahawa pencegahan kanser bermula daripada gaya hidup seseorang, justeru langkah pencegahan secara berterusan dan tindakan segera oleh setiap individu melalui pengesanan awal kanser dapat menghindar merebaknya penyakit ini. “Program itu juga merupakan salah satu usaha UPM menggalakkan aktiviti penyelidikan mengenai kanser menerusi perkongsian maklumat selain dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa melalui aktiviti kesedaran kanser,” katanya pada majlis perasmian karnival itu di sini. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Tai Shzee Yew dan Ketua Pustakawan UPM merangkap Pengerusi Jawatankuasa program 3K, Amir Hussain Md. Ishak. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi (tengah) bersama Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof. Dr. Tai Shzee Yew (kanan) dan Ketua Pustakawan UPM, Amir Hussain Md. Ishak, melancarkan buku mengenai kanser Program itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa wakil jemputan dari institusi pengajian tinggi dan sekolah. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar menambah, apa yang lebih penting program itu dapat memberi sokongan kepada pesakit kanser selain menjadikan pengalaman mereka sebagai pembakar semangat kepada pesakit-pesakit baru untuk meneruskan kehidupan. Program 3K dianjurkan bersama oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CanRes), Unit Biodiversiti, Institut Biosains (IBS), Laboratori Pendidikan dan Perkhidmatan Kanser (CaEd), Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Antara aktiviti menarik program 3K termasuk derma darah, pertandingan penyelidikan kanser, forum umum 3K, kuiz kesihatan, sesi penyaringan kanser, marathon pelajar dan pameran daripada beberapa NGO termasuk Kanser Network (Kanwork), Pusat Sumber Pendidikan dan Sokongan Kanser (CORE), Cancerlink Foundation dan National Cancer Society. Pada program itu, UPM turut melancarkan lima buah buku berkaitan kanser payu dara yang menerangkan tentang aktiviti fzikal untuk pesakit kanser payu dara semasa dan selepas rawatan, bahaya pengambilan alkohol, pengambilan suplimen diet, pengambilan lemak dan perubahan berat badan. Talian bebas tol ‘Kan Help Line 1-800-22-2233’ turut dilancarkan bertujuan memberi maklumat mengenai kanser dan sokongan kepada pesakit kanser di seluruh Malaysia.
first_indexed 2024-03-06T07:20:42Z
format UPM News
id upm.eprints-10276
institution Universiti Putra Malaysia
language English
last_indexed 2024-03-06T07:20:42Z
publishDate 2011
record_format dspace
spelling upm.eprints-102762013-05-27T07:45:31Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10276/ Program 3K tingkat pengetahuan tentang kanser Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SERDANG, 24 Feb - Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari setiap tahun, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Kesedaran Kanser (3K) bertemakan ‘Today’s Youth, Tomorrow’s World – cancer prevention through healthy lifestyle’. Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, program selama dua hari bermula 24 hingga 25 Februari 2011 itu bertujuan memberi pendedahan, kesedaran selain meningkatkan pengetahuan mengenai kanser kepada pelajar, belia dan penduduk. ”Selain itu, ia merupakan wadah pendedahan awal kepada golongan sasar bahawa pencegahan kanser bermula daripada gaya hidup seseorang, justeru langkah pencegahan secara berterusan dan tindakan segera oleh setiap individu melalui pengesanan awal kanser dapat menghindar merebaknya penyakit ini. “Program itu juga merupakan salah satu usaha UPM menggalakkan aktiviti penyelidikan mengenai kanser menerusi perkongsian maklumat selain dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan mahasiswa melalui aktiviti kesedaran kanser,” katanya pada majlis perasmian karnival itu di sini. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Tai Shzee Yew dan Ketua Pustakawan UPM merangkap Pengerusi Jawatankuasa program 3K, Amir Hussain Md. Ishak. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi (tengah) bersama Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof. Dr. Tai Shzee Yew (kanan) dan Ketua Pustakawan UPM, Amir Hussain Md. Ishak, melancarkan buku mengenai kanser Program itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa wakil jemputan dari institusi pengajian tinggi dan sekolah. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar menambah, apa yang lebih penting program itu dapat memberi sokongan kepada pesakit kanser selain menjadikan pengalaman mereka sebagai pembakar semangat kepada pesakit-pesakit baru untuk meneruskan kehidupan. Program 3K dianjurkan bersama oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS), Laboratori Penyelidikan Kanser UPM-MAKNA (CanRes), Unit Biodiversiti, Institut Biosains (IBS), Laboratori Pendidikan dan Perkhidmatan Kanser (CaEd), Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Antara aktiviti menarik program 3K termasuk derma darah, pertandingan penyelidikan kanser, forum umum 3K, kuiz kesihatan, sesi penyaringan kanser, marathon pelajar dan pameran daripada beberapa NGO termasuk Kanser Network (Kanwork), Pusat Sumber Pendidikan dan Sokongan Kanser (CORE), Cancerlink Foundation dan National Cancer Society. Pada program itu, UPM turut melancarkan lima buah buku berkaitan kanser payu dara yang menerangkan tentang aktiviti fzikal untuk pesakit kanser payu dara semasa dan selepas rawatan, bahaya pengambilan alkohol, pengambilan suplimen diet, pengambilan lemak dan perubahan berat badan. Talian bebas tol ‘Kan Help Line 1-800-22-2233’ turut dilancarkan bertujuan memberi maklumat mengenai kanser dan sokongan kepada pesakit kanser di seluruh Malaysia. 2011-02-24 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10276/1/Program_3K_tingkat_pengetahuan_tentang_kanser.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Program 3K tingkat pengetahuan tentang kanser. [UPM News]
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Program 3K tingkat pengetahuan tentang kanser
title Program 3K tingkat pengetahuan tentang kanser
title_full Program 3K tingkat pengetahuan tentang kanser
title_fullStr Program 3K tingkat pengetahuan tentang kanser
title_full_unstemmed Program 3K tingkat pengetahuan tentang kanser
title_short Program 3K tingkat pengetahuan tentang kanser
title_sort program 3k tingkat pengetahuan tentang kanser
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10276/1/Program_3K_tingkat_pengetahuan_tentang_kanser.pdf
work_keys_str_mv AT universitiputramalaysiabahagiankomunikasikorporat program3ktingkatpengetahuantentangkanser